Rekaan uniform yang dipakai pramugari dan pramugara sedikit sebanyak melambangkan imej sesebuah syarikat penerbangan dan sebuah syarikat penerbangan dari China ini kini mendapat perhatian dunia.

Hainan Airlines berkolaborasi dengan seorang pereka fesyen terkenal Laurence Xu untuk mereka uniform terbaru syarikat itu dan ianya sangat unik dan cantik. Uniform terbaru ini diinspirasikan dari pakaian traditional China, Cheongsam yang digabungkan dengan rekaan moden.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Uniform ini dipersembahkan kepada umum buat pertama kali ketika Paris Couture Week. Rekaan kostum ini mempunyai corak awan, ombak dan burung disamping rekaannya yang menggabungkan rekaan timur dan barat.

“Kolaborasi Hainan Airlines bersama Lawrence Xu ini adalah antara yang baru dalam industri ini. Kami bukan sahaja mahu mencipta uniform tetapi mahu meningkatkan imej international untuk syarikat kami. Kami mahu pengguna servis kami tahu China kini sudah moden dan trendy,” kata Xu Fei, direktor untuk Hainan Airlines.

Pakaian untuk pramugara masih mengekalkan rekaan western tetapi dengan rekaan mandarin collar. Jika tujuan utama Hainan Airlines ingin mendapat perhatian dunia dengan kostum ini, mereka sudah berjaya dan jujurnya, kostum mereka ini memang nampak gah dan hebat. Ada yang pernah terbang bersama Hainan Airlines sebelum ini?

Hainan air 1

hainan air 3

hainan air 4

hainan air 5

Sumber