Kerajaan mengekalkan hak eksklusif bagi penyiaran melalui satelit kepada pengendali "Astro" iaitu Measat Broadcast Network Systems (Malaysia) Sdn Bhd (MBNS) sehingga 28 Februari 2017, kata Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat hari ini, kementerian itu memberitahu bahawa hak itu dikekalkan berasaskan prinsip kedudukan "no worse off" semasa penghijrahan Lesen Penyiaran kepada Lesen Individu Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

"Hak eksklusif ini diberi oleh kerajaan Malaysia kepada MBNS pada 1997, sebelum Lesen Penyiaran di bawah Akta Penyiaran 1988 MBNS berhijrah ke rejim baharu di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 98).

"MBNS boleh meneruskan perkhidmatan penyiaran TV berbayar menerusi satelit untuk tontonan langsung kepada umum selepas 2017, tetapi bukan secara eksklusif," kata kementerian itu menjawab soalan Datuk Hasan Arifin (BN-Rompin).

Hasan ingin tahu sama ada kerajaan akan menyambung hak eksklusif Astro yang akan tamat tahun depan.

Selain itu, kementerian itu menyebut syarikat-syarikat lain boleh mula memohon untuk membeli perkhidmatan penyiaran TV berbayar melalui satelit selepas 28 Februari 2017.

BACA: Kisah Sebenar Kenapa Ibu Muda Ini Menamatkan Langganan Astro Beliau

BACA: Guru Add Math Tarik Minat Muridnya Belajar Dari Game Clash Of Clans

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram