Tidak semua orang memiliki bakat dan kemahiran untuk menghasilkan karya seni dan nilai sesuatu karya itu bernilai bagi pengkarya dan juga mereka yang menghargai hasil seni.

Akan tetapi, masih ada yang tidak menghargai sesuatu karya dan artist. Mana tidaknya, masih ada yang ingin mendapatkan karya secara percuma tanpa mengambil kira usaha dan titik peluh pengkarya tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi perkongsian Sue Anna Joe di Twitter miliknya, terdapat PR Agency yang menghubunginya di Facebook dan ingin beliau untuk lukis doodle pada 80 beg kertas sempena pelancaran produk baru syarikat terkemuka tanpa pembayaran.

Menerusi perkongsian tersebut, kita dapat lihat agensi tersebut memberikan tawaran untuk beliau dan sebuah syarikat terkemuka berkolaborasi. Jika beliau bersetuju dengan tawaran yang diberikan, bahan-bahan yang diperlukan oleh beliau akan disediakan pihak tersebut.

Malah, pihak agensi mengatakan akan memberikan kredit kepada beliau atas rekaan pada beg kertas jika bersetuju. Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa akan menerima tawaran tersebut jika disertakan dengan pembayaran.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan mencetus pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata netizen berasa marah dan ada juga yang mengatakan bahawa selalunya ‘client’ telah berikan peruntukan mencukupi untuk promosi.

https://twitter.com/janejohan95/status/1255783037532430337

https://twitter.com/crazycatmakcik/status/1255742269384060928

Selain itu, para netizen berpendapat bahawa idea dan hasil usaha untuk hasilkan karya sepatutnya dihargai dan dibayar, bukannya diperlakukan seperti ini. Malah, ada yang mengatakan bahawa sewajarnya beliau dibayar atas usaha beliau menghasilkan karya yang memakan masa dan tenaga.

Bukanlah mudah untuk mencari idea dan menghasilkan karya terbaik. Pastinya hasil seni seperti ini wajar untuk dibayar dan apa pula pandangan anda terhadap isu ini?

Sementara itu, kecoh beberapa hari lalu apabila dUCk Scarves kantoi tiru idea jenama ‘indie’ tempatan. Perkara ini bukan kali pertama, apa kata klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

dUCk Scarves Kantoi Tiru Idea Jenama ‘Indie’ Tempatan?

Alicia Amin Seru Model Boikot Bekerja Dengan Jenama dUCk

Stapler ‘dUCk’ Berharga RM80 Kembali Hangat Diperkatakan Netizen