Tidak semua orang memiliki bakat dan kemahiran untuk menghasilkan karya seni dan nilai sesuatu karya itu bernilai bagi pengkarya dan juga mereka yang menghargai hasil seni.
Akan tetapi, masih ada yang tidak menghargai sesuatu karya dan artist. Mana tidaknya, masih ada yang ingin mendapatkan karya secara percuma tanpa mengambil kira usaha dan titik peluh pengkarya tersebut.

Menerusi perkongsian Sue Anna Joe di Twitter miliknya, terdapat PR Agency yang menghubunginya di Facebook dan ingin beliau untuk lukis doodle pada 80 beg kertas sempena pelancaran produk baru syarikat terkemuka tanpa pembayaran.
Hilarious. And this company is like a big time capatalist company. Everyone knows them. They profit tenfold for each product sold.
Pretty sure they paid a huge amount to the agency. So don't give excuses of global restrictions that you can't pay.
π€£
— Sue Anna Joe (@sueannajoe_) April 30, 2020
Menerusi perkongsian tersebut, kita dapat lihat agensi tersebut memberikan tawaran untuk beliau dan sebuah syarikat terkemuka berkolaborasi. Jika beliau bersetuju dengan tawaran yang diberikan, bahan-bahan yang diperlukan oleh beliau akan disediakan pihak tersebut.
Malah, pihak agensi mengatakan akan memberikan kredit kepada beliau atas rekaan pada beg kertas jika bersetuju. Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa akan menerima tawaran tersebut jika disertakan dengan pembayaran.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan mencetus pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata netizen berasa marah dan ada juga yang mengatakan bahawa selalunya ‘client’ telah berikan peruntukan mencukupi untuk promosi.
Artis dan influencer janganlah tertipu dengan PR company. They all dapat bayaran dprd client banyak kot. Bila PR company upah influencer or celebrity PR selalu cakap tak ada payment dan sebagainya sedangkan client dah sediakan cukup budget untuk promosi
— Januari Jones (@janejohan95) April 30, 2020
Dasar kapitalis..nak hat elok..tapi tak nak keluar modal..ingat orang tu bayar komitment bulanan dengan penghargaan semata ke?suh je anak bos dia conteng kat paper bag tu..guna lah design tu
— DaDdy sedang berRamadhan #StayHome (@AreWhereDaGreat) April 30, 2020
Hey agency peeps. Please don't do this. It is insulting to the artist and makes you and your client look bad.
If the client has the audacity to suggest something like this, it is our role to step in and tell them NO. Not try our luck with the 3rd party and hope they agree. https://t.co/g6qqmuPcXp
— Rinalerr (@crazycatmakcik) April 30, 2020
Selain itu, para netizen berpendapat bahawa idea dan hasil usaha untuk hasilkan karya sepatutnya dihargai dan dibayar, bukannya diperlakukan seperti ini. Malah, ada yang mengatakan bahawa sewajarnya beliau dibayar atas usaha beliau menghasilkan karya yang memakan masa dan tenaga.
Client unable to pay. But able to launch product. π€¦πΌββοΈ Now…since copyright belongs to you in total, opt for barter in royalty wise.. every package sold, 30% (or more) goes to you. Make it non-exclusive right for them. No reproduction. Further reproduction additional %. π
— zara (@imzaharah) April 30, 2020
This is common sense.
They should have come up with a budget then work accordingly. I mean if your budget is tight, find a part timers (students or interns) instead of full time artist.
How come your budget is only for $100 phone but you want an iPhone 11pro max? RIP logic
— MAFM π²πΎπ΅πΈ (@fathimawardi) April 30, 2020
From what I see, they will just move in to the next one.
Sooner or later they're gonna find a desperate artist dying for a little bit of recognition or chump change.
Such is life..
— Ahmad Tongkeng (@AhmadTongkeng) April 30, 2020
Bukanlah mudah untuk mencari idea dan menghasilkan karya terbaik. Pastinya hasil seni seperti ini wajar untuk dibayar dan apa pula pandangan anda terhadap isu ini?
Sementara itu, kecoh beberapa hari lalu apabila dUCk Scarves kantoi tiru idea jenama ‘indie’ tempatan. Perkara ini bukan kali pertama, apa kata klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
Stapler ‘dUCk’ Berharga RM80 Kembali Hangat Diperkatakan Netizen