Sekitar Jun tahun 2017, kita dikejutkan dengan sebuah kes di mana seorang penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) disahkan meninggal dunia selepas didakwa dibelasah beramai-ramai menggunakan seterika wap, tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju.

Insiden yang berlaku nyata mengejutkan orang ramai melihatkan mengetahui isu ini berlaku di sebuah universiti tempatan. Allahyarham Zulfarhan dilaporkan meninggal dunia pada 1 Jun dan dikebumikan pada 2 Jun 2017.

Kes yang berlaku turut dibicarakan di mahkamah tinggi melibatkan sekumpulan penuntut UPNM yang didakwa membunuh, subahat bunuh dan mencederakan Zulfarhan.

Perbicaraan tersebut walau bagaimanapun berjaya mendapat kata putus menerusi keputusan akhir yang dibacakan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah pada hari ini.

Menerusi keputusan mahkamah, dilaporkan keputusan berpihak kepada keluarga Allahyarham Zulfarhan pada hari ini apabila 18 penuntut #UPNM didapati bersalah atas pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh & mencederakan Allahyarham.

Enam individu tertuduh didapati bersalah di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan bersubahat membunuh arwah. Selain itu, mahkamah mendapati 12 yang lain bersalah dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia telah mencuri komputer riba.

6 penuntut UPNM berkenaan didapati bersalah di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan manakala baki 12 penuntut lagi didapati bersalah di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan.

Ketika ini mahkamah berehat sebentar dan hakim akan mengumumkan hukuman dikenakan kepada semua tertuduh selepas mahkamah bersidang semula.

Tular pada minggu ini apabila pasangan ini menjadi netizen selepas memaki hamun pihak pengawal keselamatan gara-gara tidak menjaga anak mereka sendiri.

Tinggal Anak Dan Maki Hamun Pengawal Keselamatan, Tindakan Pasangan Ini Raih Perhatian Netizen

Dinafikan Hak Oleh KFC Kerana OKU, Luahan Wanita Ini Undang Kemarahan Netizen

Sumber