Pernah tak anda pernah mengalami masalah ‘susah nak cari makanan halal’ ketika travel? Terutama di negara-negara bukan Islam. Sampai nak beli makanan di super market pun was-was. Yang ada cop halal pun masih lagi ragu-ragu takut ‘halal tepek’.

Baik, buat pengetahuan anda, sebenarnya pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberi pengiktirafan kepada 66 badan pensijilan halal di luar negara dari 40 buah negara. Ini menunjukan negara di dunia hari ini sentiasa merujuk kepada Malaysia dalam konteks pensijilan halal kerana Malaysia memenuhi semua kriteria dan standard yang diperlukan antarabangsa. Power Malaysia!

Pengiktirafan ini diambil kira dari semua aspek baik dari segi pematuhan syariah, kebersihan, kesucian dan keselamatan. Sebagai rujukan anda, di bawah ini kami kongsikan ke semua 66 logo halal yang telah diiktiraf oleh JAKIM. Jangan lupa untuk bookmark artikel ini untuk rujukan di kemudian hari.

Oh ya, panduan ini juga boleh digunakan untuk anda semak sebelum membeli produk-produk makanan import yang dijual di pasaran.

Harap lepas ni anda tak curiga kalau tengok bentuk logo halal selain daripada logo ‘Halal Malaysia’. Sebabnya, semua logo halal di atas juga diiktiraf oleh JAKIM.

Sumber