Seorang pemandu Perodua Kelisa mengundang kemarahan netizen apabila membuat gangguan seksual selepas tidak mahu mengalihkan kenderaan.

Dalam video yang dikongsikan semula oleh Twitter @MALAYSIAVIRALLL seorang pemandu Perodua Ativa merakam sebuah kereta Kelisa berada di belakangnya dan enggan berganjak walaupun sudah diminta alihkan kenderaan dengan cara baik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ketika wanita tersebut merakam tingkah laku pemandu Kelisa itu, dia segera bercakap dan mula membuat gangguan seksual melalui perbualan telefon.

Orang ramai marah melihat video itu, pemandu kelisa terbabit bukan sahaja mengganggu lalu-lintas, pada masa sama turut merendahkan maruah wanita seperti dirakam dalam video berkenaan.

Dalam satu video lain, beberapa orang awam berhampiran memberi bantuan dan meminta pemandu Kelisa meletakkan kereta di tempat lain.

Bagaimanapun kedengaran pemandu Kelisa itu menghadapi kesukaran untuk mengubah kenderaannya. Orang ramai tidak menolak pendapat pemandu lelaki itu mabuk ketika kejadian itu berlaku.

Orang ramai meminta pihak polis mengesan pemandu Kelisa itu dan mengenakan tindakan tegas terhadapnya.