3.7K Automotif
May 12, 2022 - 10:29 AM

Sebelum ini pihak polis mengeluarkan satu kenyataan di mana seorang lelaki telah ditahan selepas disyaki menghalang penjawat awam yang sedang mengiringi orang kenamaan dan memandu secara gopoh di Lebuh Raya Sultan Iskandar menghala ke susur masuk ke Jalan Sultan Abdul Halim pada minggu lalu.

Seorang pekerja syarikat penyelenggaraan dipenjara 12 hari dan didenda RM10,000 oleh dua Mahkamah Majistret, kerana menghalang tugas anggota polis yang mengiringi konvoi Yang Dipertua Negeri Sarawak dan memandu kereta secara melulu serta berbahaya di Lebuh Raya Sultan Iskandar di sini, Jumaat lepas, lapor Astro Awani.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Majistret Aina Azahra Arifin menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari dan denda RM3,000 terhadap Erdy Errwan Hamdan, 36, selepas dia mengaku bersalah menghalang Lans Koperal Mohd Azwar Iqbal Chinang, daripada menjalankan tugas rasminya mengiringi Yang Dipertua Negeri Sarawak di Lebuh Raya Sultan Iskandar, pada 11.30 malam, 6 Mei lepas.

Sumber Gambar: Facebook Polis KL

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

Majistret Amanina Mohamad Anuar pula menjatuhkan hukuman penjara lima hari dan denda RM7,000 serta tertuduh hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang lima tahun, selepas lelaki itu mengaku memandu kereta Honda Civic berwarna kuning dengan cara melulu dan berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya, pada 10 malam di lokasi dan tarikh yang sama

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan maksimum RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang lima tahun.

Aina Azahra memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tujuh hari itu bermula dari tarikh tangkap pada 7 Mei lepas atau dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda, manakala Amanina memerintahkan hukuman penjara lima hari itu, berkuat kuasa hari ini atau dipenjara lima bulan jika denda gagal dibayar.

Sumber Gambar: Facebook Polis KL

Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Norazman dan Pegawai Pendakwa Inspektor Abdullah Khazali, memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Erdy Errwan yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan kerana dia yang berpendapatan RM1,600 hingga RM1,700, perlu menanggung isteri serta dua anaknya masing-masing berumur enam dan tiga tahun selain bapanya baharu meninggal dunia.

Terdahulu, berdasarkan rakaman dashcam berdurasi 0.53 minit, Honda Civic itu bergerak laju dan memintas konvoi melalui laluan kecemasan di kiri jalan serta mengabaikan isyarat oleh juru iring supaya keluar dari laluan konvoi. Tindakan lelaki berusia 36 tahun itu telah menyebabkan berlaku pergeseran dengan sebuah lagi kenderaan lain.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Selepas mencetuskan pertikaian netizen, dua orang anggota polis yang mengiringi seorang anak ahli parlimen telah dikenakan siasatan tatatertib.

Iring Anak Ahli Parlimen Untuk Redah Trafik, Dua Polis Terlibat Kena Siasatan Tatatertib

Ambulans Didakwa Terpaksa Berhenti, Pihak Polis Jelaskan Isu Beri Laluan Pada Konvoi VIP

Konvoi VVIP Halang Ambulans Dan Lalu Lintas Di Dua Lokasi Berbeza Cetus Kemarahan Netizen

Sumber