Bola sepak sememangnya dapat menyatukan semua dan di Iceland adalah buktinya. Ketika perlawanan pertama negara berkenaan di Piala Dunia, siaran television di negara itu mencatatkan peratusan tertinggi untuk sebuah program; sebanyak 99.6% penonton television bersama-sama menyaksikan Iceland seri 1-1 dengan Argentina.

Data penonton yang dilakukan firma penyelidik Gallup, perlawanan itu turut memadam rekod terdahulu ketika Iceland menyertai suku akhir Euro 2016 di Perancis.

Program apa yang ditonton 0.4% rakyat Iceland ketika itu? 0.3% daripada mereka menyaksikan program rancangan masakan The Great British Bake-Off dan 0.1% lagi menyaksikan siaran ulangan The Biggest Loser.

Iceland sememangnya negara yang tidak boleh dipandang rendah kerana berjaya mengikat gergasi bola sepak Argentina. Pastinya rakyat Iceland tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan kedua negara berkenaan. Pada pendapat anda, mampukah Iceland mara ke peringkat seterusnya?

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group