Mengimbau kembali memori zaman 90 an, aiskrim Viennetta adalah aiskrim ‘mewah’ pada ketika itu. Akhirnya, aiskrim Viennetta yang menjadi kegemaran ramai orang telah kembali.

Adakah anda berasa teruja akan berita ini? Melalui perkongsian di Instagram pasaraya B.I.G, aiskrim Viennetta telah dijual di pasaraya tersebut. Aiskrim Viennetta ini hadir dengan dua perisa iaitu mint dan vanilla.

Untuk pengetahuan anda, aiskrim ikonik ini dijual pada harga RM35 dan anda boleh dapatkan aiskrim ini di kesemua cawangan B.I.G sebelum ia habis dijual. Apa kata kita cuba nanti dan makan bersama yang tersayang, pastinya rasanya lebih enak.

Sebelum ini, minuman coklat Oreo daripada McDonald’s telah mendapat perhatian netizen. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Minuman Terbaharu McDonald’s Ini Sedang ‘Hit’ Di Malaysia

7-Eleven Malaysia Lancar Aiskrim Perisa Unik ‘Cili Dan Limau’

FamilyMart Perkenalkan Aiskrim Perisa ‘Belgian Dark Chocolate’ Edisi Terhad

Sumber