Dalam masyarakat Melayu tradisional, wanita yang sudah berusia namun masih tidak berkahwin biasanya akan digelar anak dara tua ataupun andartu. Istilah ini bukanlah sesuatu yang janggal malah ia turut dimuatkan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.

Walaupun tidak diketahui berpakah umur seseorang itu untuk digelar sebagai andartu, namun dalam kepercayaan masyarakat Melayu, jika sudah berusia pertengahan usia 30 hingga 40 tahun dan belum berkahwin mereka ini akan biasanya berisiko untuk dipanggil dengan gelaran sebegitu.

Namun, keputusan untuk berkahwin lambat bukanlah sesuatu yang janggal dalam masyarakat masa kini terutamanya dalam kalangan wanita di negara kita.

tied 3
GAMBAR HIASAN, TIED THE KNOT PHOTOGRAPHY, SAYS.COM

Dengan beberapa faktor seperti tekanan pekerjaan dan ekonomi, berkahwin lambat kini menjadi sesuatu yang normal terutamanya dalam kalangan mereka yang berusia 30 tahun ke atas.

Ini dibuktikan melalui kajian Peratusan dan Bilangan Individu Bujang (dalam kalangan 30 tahun ke atas) yang dikeluarkan oleh Sinar Harian mendapati hampir 2 juta wanita berusia 30 tahun ke atas di Selangor dan Johor masih belum berkahwin.

Daripada jumlah tersebut, Selangor mencatatkan angka tertinggi wanita berusia 30 tahun ke atas yang masih belum berkahwin dengan jumlah melebihi satu juta atau lebih tepat lagi 1,014,327 orang.

tied 2
GAMBAR HIASAN , TIED THE KNOT PHOTOGRAPHY, SAYS.COM

Jumlah ini adalah jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan kaum lelaki di Selangor yang berusia 30 tahun ke atas dengan hanya 148 ribu sahaja daripada mereka masih belum mendirikan rumah tangga.

Senario yang hampir sama juga berlaku di Johor dengan bilangan wanita berusia 30 tahun ke atas yang masih belum berkahwin mencecah sehingga 636, 537 orang.

Manakala, hanya 104,416 orang kaum lelaki yang berusia 30 tahun ke atas dan masih belum berkahwin di negeri yang berada di selatan tanah air itu.

Walaupun laporan tersebut tidak menyatakan punca golongan wanita ini memilih untuk berkahwin lambat, namun ia jelas menunjukkan angka dan perbezaan yang sangat besar berbanding kaum lelaki dalam kalangan umur yang sama.

Baca kisah wanita ini yang bercerai hanya selepas dua tahun berkahwin walaupun bercinta selama lima tahun sebelum itu. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Bercinta 5 tahun, Wanita Ini Kongsi Kisah Penceraiannya Selepas 2 Tahun Berkahwin

Sanggup Ikat Perut, Lelaki Ini Kongsi Kisah Kumpul Duit Demi Majlis Perkahwinan

Polis Tahan Seorang Lelaki Selepas Berkahwin Sebanyak 60 Kali Dalam Masa 25 Tahun

Sumber