Sebelum ini, Mila Jirin terpaksa menjual kek dan durian demi bayar gaji pekerja disebabkan syarikat mengalami kerugian. Umum mengetahui, Mila memiliki perniagaan dalam industri perkhawinan.

Terbaharu, Mila Jirin dalam satu perkongsiannya di Instagramnya telah menyuarakan pendapat selepas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin keluarkan kenyataan bahawa majlis sosial mungkin menjadi sektor terakhir dibuka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/CUmMwehr5X9/

Menurutnya, semua yang terlibat dalam industri perkahwinan berasa tertekan kerana perniagaan tidak dapat beroperasi selama hampir 2 tahun. Malah, Mila juga mahu tahu apa beza makan beramai-ramai di restoran dengan makan di majlis perkahwinan.

Bukan itu sahaja, Mila turut berasa terkilan kerana tiada pihak yang memanggil mereka di industri perkahwinan untuk berbincang mengenai isu tersebut. Malah, jika ada SOP yang jelas pastinya pihak perkahwinan akan laksanakan dengan sebaiknya dan rasanya kini semua rakyat sudah faham terpaksa hidup dalam norma baru.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan Mila Jirin pada pautan di bawah ini.

Tuah Bisnes Majlis Perkahwinan, Mila Jirin Kini Miliki 10 Aset Hartanah

Selepas Kek, Mila Jirin Jual Durian Pula Demi Bayar Gaji Pekerja Kerana Syarikat Mengalami Kerugian

Kerja 15 Jam Setiap Hari Agar Pekerja Terima Gaji, Mila Jirin Nafi Dakwaan Jadi Majikan Goyang Kaki