Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Pada tahun 2020, restoran Jamie oliver dikhabarkan akan dibuka di Malaysia dan akhirnya restoran Jamie Oliver kini telah dibuka secara rasmi di KLIA sejak semalam.
Artikel Berkaitan:
- Restoran Pertama Jamie Oliver Di Malaysia Akan Dibuka Di KLIA Tidak Lama Lagi
- Kerana Hutang, Rangkaian Restoran Milik Jamie Oliver Terpaksa Ditutup
Pembukaan rasmi restoran pertama Jamie Oliver di Malaysia ini telah diumumkan di Facebook rasmi Malaysia Airports dan beberapa gambar sekitar pembukaan tersebut turut telah dikongsikan.
Pelbagai jenis makanan boleh didapati di sini dan pizzanya kelihatan ‘tempting’. Malah, rekaan dalaman restoran ini juga dilihat cantik dan pastinya kaki foto akan gembira bergambar di sini.

Bagi anda yang mahu mencuba masakan chef terkenal Jamie Oliver, bolehlah ke bangunan utama KLIA tingkat 5. Masa operasi restoran ini adalah dari jam 11 pagi hingga 7 malam.