Nama Azmeer Yusof tidak perlu diperkenalkan lagi, siapa yang tidak mengenali pemain Kedah FA ini. Sebelum ini, Azmeer berkongsi beberapa nasihat untuk para pemain bola yang bergaji besar, kini beliau kongsikan pula kisah transformasi rumahnya.

Sebelum rumah tersebut diubahsuai, rumah itu telah terbiar dalam 30 tahun dan terletak di Alor Setar. Beliau berasa terkejut apabila melihat keadaan rumah dan tanah sebelum dibelinya kerana semak seperti dalam hutan.

Kita lihat dahulu gambar keadaan rumah tersebut sebelum diubahsuai. Ayuh kita mulakan!

83410757_2968892866525202_766634842360848236_n

101420541_2968893079858514_6286404526155304948_n

102408751_2968892913191864_6247866719972358960_n

102556890_2968892986525190_345982289632902133_n

102686968_2968892826525206_8693812513572632505_n

102462890_2968893049858517_5680451750273535099_n

102714599_2968892806525208_5769689153225913905_n

Keadaan rumah tersebut yang dipenuhi semak pastinya akan mengubah fikiran ramai orang untuk membelinya. Untuk pengetahuan anda, kos keseluruhan pengubahsuaian rumah itu dalam RM60,000 termasuk perabot.

Masih mengekalkan struktur lama, rumah tersebut telah dibina dan berkonsepkan rumah batu moden dan rekaan dalaman yang ‘simple’. Pastinya rumah ini diubahsuai menjadi sebuah rumah yang selesa untuk didiami. Jom lihat keadaan selepas diubahsuai.

101301092_2968895983191557_3351466380118324363_n

102398065_2968893663191789_2005583375474378952_n

102400082_2968893749858447_2470879937185203256_n

102420671_2968893713191784_8439657718012903749_n

103140690_2968893646525124_4222603748536393877_n

Kita dapat lihat ruang tamu dibahagikan kepada dua dan dapat memberikan ruang privasi kepada pemilik rumah yang memiliki ahli keluarga apabila tetamu datang berkunjung ke rumah.

Malah, tidak banyak perabot digunakan dalam rumah memberikan ‘vibes’ minimalis dan anda pasti setuju dengan kenyataan minimalis terbaik ini.

Rumah ini hanya menekankan 3 warna dalam bahagian rumah dan perabot membuatkan rumah kelihatan kemas. Jika anda terfikir untuk membeli rumah terbiar, jangan risau kerana anda mampu untuk mengubahsuai rumah tersebut.

Kami kongsikan beberapa rekaan rumah yang mungkin boleh jadi inspirasi buat anda. Klik sahaja pautan di bawah ini.

Daripada Konsep Hotel Sri Malaysia Ke Industrial, Lihat ‘Makeover’ Rumah Ini Yang Bermodalkan RM450,000

Lihat Bagaimana Rumah Teres Ini Diubahsuai Dengan Rekaan Moden Dan Minimalis

Cantik Dan Kemas, Lihat Transformasi Rumah Flat Dengan Rekaan Moden Bermodalkan RM1,300