Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Kira-kira lebih 380 jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi berikutan dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan sekaligus hasrat mereka untuk menunaikan Rukun Islam kelima tidak kesampaian.

Difahamkan, kesemua bakal jemaah gagal berlepas ke Tanah Suci selepas tidak mempunyai dokumen perjalanan lengkap seperti visa dan passport. Menurut sumber, mereka menggunakan visa furada untuk menunaikan haji dan tidak melalui Lembaga Tabung Haji (TH) selain membayar sebanyak RM16,000 hingga RM35,000 untuk pakej yang ditawarkan.

HYPE
Ini ‘Rahsia’ Pengasas Tudung Dari Kelantan Raih Keuntungan RM10,000 Dalam 2 Minggu
Baca lagi →

Menurut laporan, salah seorang bakal jemaah haji memaklumkan bahawa agensi pelancongan tersebut meminta semua jemaah datang ke KLIA pada jam 4.30 petang (semalam), kemudiannya mereka dimaklumkan penerbangan ditangguh ke jam 7 malam sedangkan penerbangan terakhir ke Jeddah, Arab Saudi adalah sekitar jam 6 petang semalam.

Bukan itu sahaja, mereka juga mendakwa agensi pelancongan tersebut tidak pernah menunjukkan tiket penerbangan dan visa kepada bakal jemaah haji. Malah, passport para jemaah juga dipegang oleh pihak agensi pelancongan terbabit.

Isu ini telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen meluahkan rasa simpati kepada para jemaah yang ditipu oleh agensi pelancongan sehingga tidak dapat menunaikan haji.

Bukan itu sahaja, para netizen turut berasa bengang dan mengatakan isu ini bukan baharu dan pernah terjadi sebelum ini. Malah, rata-rata netizen berharap urusan para jemaah akan dipermudahkan dan mendapatkan kembali wang mereka.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini. 

‘Rupanya Kena Bayar RM1,000 Untuk Salt Bae Tabur Garam’ – Aeril Zafrel Tidak Anggap Satu Pembaziran Makan Di Nusr-Et

Terdiam Tanpa Kata, Netizen Kecewa Lihat Reaksi Syamsul Yusof Apabila Disoal Tentang Ira Kaza