Sepanyol menjadi negara kedua di Eropah yang teruk di landa wabak COVID-19 selepas Itali dan sekarang dilaporkan hampir 4,000 pegawai perubatan dan pakar telah dijangkiti wabak ini di sana.

Seperti negara-negara lain yang dilanda wabak, kebanyakkan barisan hadapan – jururawat, doktor dan pekerja kesihatan – adalah antara kelompok yang paling senang untuk mendapat COVID-19.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mereka dilaporkan tidak mendapat perlindungan yang secukupnya dan disebabkan itu, telah wujud satu usaha daripada beberapa syarikat untuk membeli dan mengedar beberapa peralatan penting.

“Kami mempunyai beberapa data yang kami tidak suka, kerana kami perlu bekerja untuk mengawalnya, kami kini mempunyai 3,910 pekerja kesihatan yang dijangkiti,” kata Ketua Kecemasan Kesihatan Sepanyol, Fernando Simon.

Kerajaan Sepanyol turut memberi keutamaan kepada golongan ini ketika proses saringan dilakukan.

“Angka kematian akibat virus corona di Sepanyol telah mencapai 2,182 orang, 462 kematian telah dicatatkan malam tadi. Sebanyak 87% daripada mereka yang meninggal adalah berumur 70 ke atas atau lebih tua,” kata Kementerian Kesihatan.

Jumlah kes yang didaftarkan di Sepanyol meningkat kepada 33,089, naik daripada 28,572 kes pada hari Ahad. Ini bermakna bilangan pekerja kesihatan dijangkiti wabak ini hampir 12% daripada jumlah kes.

Perintah ‘lockdown’ telah diluluskan oleh parlimen Sepanyol. Simon menyatakan bahawa kini bukan lagi masa untuk rakyat mereka mengabaikan perintah kerajaan jika mereka mahu keadaan kembali seperti biasa.

Untuk bacaan lanjut mengenai COVID-19, klik pautan di bawah.

Tidak Cukup ‘Tangan’ Lawan COVID-19, Israel Mula Minta Bantuan Negara Islam

Datuk Bandar Di Itali Bertukar Nada Gangster, Nasihat Penduduk Yang Masih Berdegil

Acara Himpunan Tabligh Di Indonesia Batal, Semua Peserta Akan Dikuarantin