Walaupun sudah memasuki fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) , masih terdapat sebahagian daripada masyarakat kita yang dilihat sedikit liat dalam mengikuti saranan kerajaan untuk kekal di rumah.

Menyedari perkara itu adalah masalah yang dihadapi oleh semua rakyat Malaysia, pelakon veteran Lan Zailan baru-baru ini mencuri perhatian netizen apabila memuat naik video nasihat supaya kekal di rumah dalam bahasa Tamil di Facebook-nya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lan Zailan adalah pelakon dan pelawak veteran yang sentiasa membintangi drama dan filem tempatan di kaca TV sebelum ini.

Sehingga artikel ini ditulis, video pendek 35 saat itu sudah pun mendapat hampir 50,000 tontonan dan lebih 2,000 shares oleh netizen-netizen yang tertarik dengan pesanannya itu.

lan1

Bagi anda yang tertanya-tanya maksud terjemahan nasihat tersebut, berikut adalah penjelasan daripada beliau sendiri kepada Harian Metro sebelum ini.

“Kepada rakyat Malaysia. Mulai daripada hari ini jangan keluar ke mana-mana. Kalau keluar kena tangkap dengan polis nanti kena denda RM1,000. Faham tak?

Okay stay at home. Jangan keluar ke mana-mana. Tapi kalau awak semua ada duit seribu ringgit tu, bolehlah keluar. Tapi kalau tiada, jangan keluar, duduk rumah,” katanya.

Mengulas mengenai kebolehannya berbahasa Tamil, pelakon itu berkata dia mempelajari bertutur bahasa itu ketika tinggal di estet di Slim River, Perak sebelum ini.

Malah perkara itu turut dikongsikan netizen yang meninggalkan komen di hantarannya itu.

lan2

“Saya tinggal di situ selama 10 tahun dan bercampur dengan masyarakat India.

“Dari situlah, saya mahir cakap Tamil. Tapi, saya tak pandai menulis dan membaca tulisan Tamil,” katanya.

Buat anda yang masih tidak tahu, mereka yang didapati bersalah mengingkari PKP selepas ini akan ditahan di akademi penjara yang dijadikan pusat tahanan. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Pesalah PKP Akan Mula Ditahan Di Akademi Penjara Diwartakan Kerajaan

Netizen Dakwa Warga Myanmar Ingkar Arahan PKP Dan Sambut Songkran Di Malaysia?

Sumber