Baru-baru ini telah tular di media sosial tentang sebuah video yang menunjukkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq membantah keputusan untuk memansuhkan elaun kritikal yang bakal dilaksanakan menjelang tahun 2020.

Susulan isu tersebut, satu petisyen membantah pemansuhan elaun kritikal bagi kakitangan perkhidmatan kesihatan telah dilancarkan kelmarin dan kini menghampiri sasaran 75,000 tandatangan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: Change.org

Sehingga artikel ini ditulis seramai 71,611 telah menandatangani petisyen tersebut berikutan keputusan kerajaan memansuhkan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK)  bagi  pelantikan baharu mulai 1 Januari 2020.

Petisyen tersebut telah dilancarkan oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA). Pihak MMA berkata, tindakan terbaharu itu memberi kesan kepada kakitangan muda yang bakal berhadapan dengan penurunan 15 peratus daripada gaji mereka.

Mereka yang terlibat adalah doktor, jururawat, ahli farmasi dan kakitangan dalam perkhidmatan pergigian.

Petisyen itu juga membangkitkan persoalan mengapa perkhidmatan awam menjadikan kakitangan perkhidmatan kesihatan sebagai sasaran.

Buat anda yang ingin memberi sumbangan serta menandatangani petisyen tersebut, boleh klik di sini.

Semalam,satu kenyataan dikeluarkan oleh Menteri Belia dan Sukan yang membantah pemansuhan elaun kritikal ini. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Syed Saddiq Bantah Pekeliling Baru JPA, Minta Potong Elaun Ahli Politik Dan Menteri

Dahulu Add Math, Kini Pelajar SPM 2019 Lancarkan Petisyen Turunkan Markah A+ Subjek Sejarah Pula

Korban Pemandu Mabuk Meningkat, Netizen Lancar Petisyen Haramkan Jualan Arak

Sumber