Mulai kecoh sejak Oktober lalu, akhirnya dalang kepada kegiatan perjudian dalam talian Macau Scam iaitu Alvin Goh dan Addy Kanna akhirnya berjaya ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) selama dua tahun. Turut ditahan bersama adalah dua lagi anggota polis.

Berdasarkan laporan, Alvin atau nama sebenarnya Goh Leong Yeong, akan ditahan di Penjara Simpang Renggam, Johor bersama seorang lagi anggota polis. Addy Kanna pula ditahan di Penjara Pokok Sena, Kedah manakala seorang lagi anggota polis dari Kontinjen Selangor ditahan di Penjara Bentong, Pahang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
doc78ffmuw2s6s1j3cns72w
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit serta bakal mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Alvin dan Addy ditahan pada 2 dan 3 Oktober lalu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas didapati menjalankan aktiviti penipuan Macau Scam dan judi dalam talian yang mensasarkan mangsa di China dan bekerjasama dengan kartel penipuan di luar negara.

Selain itu, SPRM turut menahan dan soal siasat beberapa selebriti terkenal, pegawai dan anggota polis yang melindungi sindiket ini.

Sebelum ini pihak PDRM pernah mengesahkan Addy Kanna dan Leong Yeong tidak terlibat dengan Macau Scam sebelum menafikannya. 

PDRM Sahkan Addy Kanna dan Leong Yeong Tidak Terlibat Dengan Macau Scam

Disyaki Terlibat ‘Macau Scam’, Datuk Seri Bertindak Melarikan Diri Kini Diburu Polis

Dibantu ‘Bodyguard’ Dan Dilarikan Dengan Kereta Myvi, Persoalan Suspek Macau Scam Lolos Terjawab

 

Sumber