Berjaya menjadi platform pelaburan dana terbesar buat Rakyat Malaysia, Permodalan Nasional Bhd atau lebih dikenali sebagai PNB terus kekal menjadi pilihan ramai pengguna berdasarkan jumlah dividen yang ditawarkan.

Pada tahun ini, PNB telah berjaya menyambut ulang tahunnya yang ke-40 sepanjang penubuhan. Lebih manis, PNB turut berjaya menjadi pemegang dana terbesar negara dengan nilai RM279 bilion.

tan-sri-abdul-wahid-omar

Bersempena dengan majlis PNB baru-baru ini, group chairman PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar turut berkongsi saluran dana yang dilaburkan PNB. Difahamkan 98% daripada dana yang diperoleh PNB telah dilaburkan di dalam negara serta diagihkan kepada golongan bumiputra profesional serta golongan swasta.

Pelaburan yang dibuat di dalam negara juga setimpal dengan hasrat PNB untuk menawarkan lebih banyak peluang perniagaan serta peluang pekerjaan kepada Rakyat Malaysia. Secara amnya sebanyak 70% daripada dana yang diterima dilaburkan di dalam pasaran saham.

Berbincang mengenai visi PNB, syarikat ini berhasrat untuk menjadi sebuah institusi pelaburan distinktif bertaraf dunia pada beberapa tahun akan datang.

Sumber: CorporateOffice.my

Setakat ini seluruh staf PNB komited untuk memberikan yang terbaik buat para pelabur dan pengguna dengan rekod dividen sebanyak 7.25 sen serta bonus sebanyak 1 sen pada setiap 10,000 unit yang dilaburkan melalui Amanah Saham Bumiputra (ASB)

Berdasarkan rekod terbaru, sebanyak RM14.4 bilion dividen telah diagihkan buat mereka yang melabur dibawah PNB pada tahun 2017 sekaligus meningkatkan jumlah dana dividen agihan kepada RM172 bilion secara keselurahan sejak PNB mula ditubuhkan.

Baca lagi: PNB Berjaya Menjadi Pembeli Hartanah Termahal England

Sumber