Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika ini bukan sahaja menghalang kita daripada menziarahi sanak saudara seperti kebiasaan tetapi turut memberikan kesan kepada banduan-banduan beragama Islam yang kini berada di belakang tirai besi.

Dalam laporan Buletin Utama yang disiarkan di TV3 baru-baru ini, banduan ini difahamkan tidak dapat menerima kunjungan keluarga kerana pelaksanaan perintah tersebut.

BeFunky-collage – 2020-11-03T171315.697
HYPE
Hanya Serendah RM799, Ini 7 Lagi Sebab Kenapa Anda Perlu Dapatkan HUAWEI Y7a
Baca lagi →

feat1

Namun apa yang mencuri tumpuan dalam laporan kali ini adalah apabila mendengar luahan pilu dua banduan akhir yang berada di Penjara Tapah itu apabila mereka mula berkongsikan luahan hati mereka di hari raya bersama penonton.

sam

“Kepada anak-anak saya walaupun mungkin mereka tak pernah tahu saya ni ayah mereka tapi saya nak mereka tahu saya betul-betul sayang, saya rindu tapi tak boleh nak tengok.

“Bahkan saya tak pernah dengar pun anak saya panggil saya ayah ke abah ke saya tak pernah dengan,” luah banduan akhir Sam (bukan nama sebenar) dalam temu bual tersebut.

‘Hampir meroyan’

Manakala seorang lagi banduan akhir yang dikenali sebagai Salmah juga berkongsikan kerinduan beliau terhadap anaknya yang kini baru sahaja berusia dua bulan.

Dia sebelum ini ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana kesalahan berkait dadah ketika itu sedang mengandung dua bulan, jelasnya dalam temu bual tersebut.

salmah

Disebabkan penangkapan itu, Salmah menjelaskan dia hampir meroyan selepas melahirkan anaknya di penjara kerana tidak dapat menerima kenyataan menjadi kambing hitam suaminya yang juga merupakan warga asing.

“Saya pun ada asthma, jadi bila sampai masa saya rasa nak cekik anak saya. Lepastu saya cakap dengan arwah ayah,better saya jadi gila, tolong bawak keluar.

“Bukan saya kata penjara tak tolong, penjara tolong tapi saya kesian setiap kali nak pergi hospital saya kena bergari, dengan anak saya nak uruskan pun tak boleh. Macam saya duduk situ jadi tunggul, yang uruskan semua staf penjara,” jelasnya.

Buat anda yang terlepas untuk menonton sebelum ini di kaca TV, anda boleh melihat perkongsian penuh daripada Buletin Utama di pautan di bawah.

Ketahui bagaimana banduan mengambil ujian peperiksaan ketika berada dalam penjara seperti yang kami pernah kongsikan sebelum ini di pautan di bawah.

Ketahui Cara Bagaimana Banduan Ambil Peperiksaan SPM Di Dalam Penjara

Ibu Baru Bersalin Dengar Bisikan, Kenapa Kita Tidak Boleh Abaikan

Anda Mungkin Suka