Starbucks adalah antara jenama kopi yang selalu mendapat tempat di hati peminat kopi. Mereka sanggup menghabiskan sehingga RM20.00 untuk membeli secawan kopi yang diadun dengan penuh perasaan dan nikmat.

Tetapi tahukah anda pada tahun 2007/2008, Starbucks pernah dilanda krisis kewangan sehingga mereka hampir diisytiharkan bankrupt.

Pada tahun 2008, saham Starbucks jatuh sehingga 28%. Mereka juga terpaksa menutup 600 cawangan pada tahun yang sama dan menutup 300 cawangan lagi pada tahun 2009. Starbucks juga dilaporkan telah memberhentikan 6,700 pekerja.

Tidak mahu isu ini terus berpanjangan. Langkah awal yang diambil oleh Starbucks adalah dengan melantik kembali Howard Schultz sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Starbucks bagi menggantikan Jim Donald.

Di bawah pemerintahan Schultz, dia menemui beberapa masalah yang dihadapi oleh Starbucks. Pertama dia mendapati Starbucks terlalu mementingkan birokrasi daripada mementingkan pelanggannya. Kedua dia mendapati bahawa Starbucks terlalu menyalahkan keadaan ekonomi serta kenaikan harga susu untuk menaikkan harga kopi.

Di samping itu, Starbucks juga menghadapi persaingan dari McDonald’s, yang pada tahun 2008 telah mula memasuki perniagaan membuat kopi.

Schultz mempunyai pandangan yang berbeza. Dia telah mengambil inisiatif dengan mengirim surat kepada para pekerja dengan menyatakan bahawa “Syarikat mesti mengalihkan fokus mereka dari birokrasi kepada pelanggan.” Dia juga menambah bahawa pentingnya untuk Starbucks ‘menjalinkan hubungan emosi dengan para pelanggan’.

Setelah berjaya mencari pucuk akar yang rosak. Schultz telah melancarkan kempen ‘My Starbucks Idea’. Ini adalah kempen yang bertujuan untuk membuang dinding yang menghalang Starbucks dan para pelanggan. Starbucks meraikan perbezaan pendapat dengan bertukar idea di antara para pelanggan dan juga syarikat.

Pelanggan boleh memberi pandangan mengenai segala hal melibatkan Starbucks. Segala pandangan mengenai produk, perkhidmatan, susun atur kedai, iklan, tanggungjawab sosial, bahkah muzik di dalam kedai juga turut dialu-alukan oleh Starbucks.

Hasilnya? Starbucks telah menerima lebih daripada 93,000 pandangan yang dikongsikan oleh 1.3 juta pengguna di media sosial. Selain itu juga, impression terhadap Starbucks juga telah meningkat per bulan kepada 5.5 juta. Starbucks kini lebih fokus untuk menjalankan perniagaan dalam bentuk komuniti. Bermula dengan kempen ‘Free Wi-Fi’, ‘Soy Lover’ dan lain-lain.

Selain itu juga, Starbucks turut menyedari bahawa mereka harus menghasilkan pemasaran berasaskan media sosial. Syarikat tidak boleh dilihat putus asa atau terlalu ingin untuk meningkatkan jualan. Oleh itu, Starbucks telah mengambil inisiatif dengan mengurangkan iklan yang berasaskan produk dan lebih memberi tumpuan dalam membina hubungan di antara syarikat dan pelanggan.

Ciapan spontan dari Starbucks yang hanya membuat emoji senyuman juga pernah mendapat pujian dari para pelanggan. Manakala hantaran lain di media sosial seperti ‘keep calm and make coffee’ juga adalah antara usaha baharu yang dihasilkan oleh Starbucks dalam membina hubungan dengan para pelanggan.

Beberapa tahun lalu, Starbucks pernah dilanda kontroversi apabila syarikat itu dikaitkan dengan menggunakan keuntungan mereka bagi membiayai tentera Israel. Sekali lagi, media sosial berjaya membuatkan Starbucks keluar daripada masalah tersebut dengan membina mesej yang kuat bahawa, ‘Starbucks adalah organisasi yang cintakan kedamaian’.

Terdahulu, Starbucks Singapura pernah mengeluar satu beg edisi khas yang diilhamkan daripada beg kertas. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Starbucks Keluarkan Beg Edisi Khas Yang Diilhamkan Daripada Beg Kertas

Koleksi Edisi Terhad Starbucks x Herschel Supply Kini Boleh Didapati Di Malaysia

‘Fantasy Tail Frappucino’ Antara Menu Baharu Starbucks Yang Unik Dan Comel Anda Boleh Cuba Esok