Walaupun bilangan kes baru COVID-19 masih lagi dicatatkan di negara kita, namun mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa kita sebenarnya memberikan tentangan yang agak sengit terhadap wabak merbahaya itu di negara ini.

Secara mudahnya, semua pihak di negara ini termasuk pemimpin, petugas barisan hadapan dan masyarakat sebenarnya telah melakukan pelbagai usaha secara bersama-sama bagi menghentikan jangkitan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
20200409HR8_covid-19_testing_malaysia
Gambar: MalayMail/ Hari Anggara

Jika masih ada yang berpendapat negara kita masih mempunyai kekurangan dalam melawan COVID-19 ini, mungkin perkongsian video oleh lelaki yang bukan warga Malaysia ini pasti akan mengingatkan kembali perjalanan kita daripada hari pertama melawan wabak ini sehingga ke hari ini.

Video tersebut yang dimuat naik di Facebook oleh Dustin Pfundheller di page Other Side of The Truth sejak semalam mengimbau kembali bagaimana semua pihak di negara kita bekerjasama untuk membendung penularan wabak itu.

e

Dalam video yang berdurasi lima minit itu, beliau menggariskan 15 perkara penting yang telah dilakukan negara kita dalam mendepani COVID-19.

Antara faktor yang menjadi tumpuan dalam videonya adalah keputusan drastik kerajaan untuk mengamalkan perintah kawalan pergerakan serta semangat sukarelawan oleh rakyat kita.

noor_hisham_pc4_18052020
Gambar: MalayMail/ Choo Choy May

Secara jujurnya, melihat rakaman-rakaman video yang disertakan dengan fakta-fakta ini akan membuatkan kita berfikir sejenak tentang sejauh mana telah kita lalui dalam berdepan wabak membunuh ini yang menjadi masalah kepada seluruh dunia.

Ditambah pula dengan perbandingan kes-kes yang meningkat secara mendadak di negara serantau, ia secara tidak langsung mengingatkan kembali kehebatan pihak-pihak bertanggungjawab membendung COVID-19 di negara kita.

Ingin ketahui apakah 15 perkara yang berjaya dilaksanakan walaupun pada awalnya kelihatan seperti yang mustahil untuk dilakukan? Tonton perkongsian penuh di bawah.

Malaysia sebelum ini memang diakui sebagai salah satu negara terbaik menangani COVID-19 ketika ini. Baca perkongsian kami di pautan di bawah untuk membaca mengenainya dengan lebih lanjut. 

Ini Sebab Malaysia Diiktiraf Sebagai Negara Terbaik Tangani Penularan Covid-19

Kenapa Kita Harus Bersyukur Dengan Cara Pengendalian COVID-19 Di Malaysia