Berbaki beberapa minggu sahaja lagi sebelum Huawei melancarkan siri flagship yang memfokuskan kepada kamera iaitu Huawei P40-series. Siri ini bakal menawarkan kualiti kamera yang hebat daripada pengguna sebelum model-model sebelum ini dengan sentuhan daripada jenama Leica.

Seperti yang diumumkan melalui ura-ura sebelum ini, Huawei P40 Pro sah bakal hadir dengan penyertaan tujuh kamera dimana dua kamera pada bahagian hadapan dan lima kamera lagi pada bahagian belakang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, Huawei P40 Pro nampaknya sekali lagi tertiris memperlihatkan bahagian depan dan belakang serta kamera model ini. Berikut merupakan rekaan Huawei P40 Pro yang tertiris.

Screen Shot 2020-03-05 at 1.06.56 PM
Sumber: Twitter Evleaks

Laporan ini dikuatkan lagi apabila terdapat sebuah syarikat penawaran case bagi telefon pintar turut memperlihatkan Huawei P40 dengan case jenama mereka.

ESUEDo_UUAA3dpK

ESUEdnkVAAE3QRM

Sudah pastinya, Huawei akan menawarkan kualiti kamera yang lebih baik serta markah DxOMark yang lebih tinggi berbanding model sebelum ini. Selain itu, difahamkan siri Huawei P40 yang bakal dilancarkan 26 Mac ini hampir pasti tidak akan disertakan dengan servis Google.

Difahamkan Huawei P40 yang bakal dilancarakan tidak lama lagi ini dijangka bakal ditawarkan dengan harga yang lebih rendah berbanding Huawei P30.

Huawei P40 Mungkin Dijual Dengan Harga Yang Lebih Rendah Berbanding P30

Mudahnya Memindah Data Daripada Peranti Lama Ke HUAWEI nova 7i!