Smartphone dengan ura-ura terbanyak pada tahun ini sekali lagi menerima info terbaru. Berdasarkan sumber, dikatakan rekabentuk Apple iPhone 8 sudahpun ‘disahkan’.

Sama ada anda suka atau tidak, kamera berkembar menegak antara yang bakal disertakan Apple melalui model terbaru mereka. Penyertaan fingerprint scanner dibahagian skrin antara revolusi terbaru yang bakal dibawakan Apple pada kali ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dari segi spesifikasi, Apple bakal menggunakan cip pemprosesan terbaru iaitu Apple A11 chip serta mungkin digandingkan bersama RAM 3 atau 4 GB. Berikut merupakan gambar mockup Apple iPhone 8 yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi.

phone-2

phone-3

phone-4

Berdasarkan ura-ura yang baru sahaja dikeluarkan, kemungkinan Apple tidak lagi mengeluarkan model Plus sebaliknya memfokuskan kepada satu model sahaja yang hadir dengan skrin 5.8-inci. Lebih besar berbanding Apple iPhone 7 Plus dari skrin namun tidak dari segi saiz.

Meskipun setakat ini kita belum mendapat harga rasmi daripada pihak Apple, penggunaan material yang premium dan berteknologi tinggi dikhabarkan bakal memberi kesan kepada harga pengeluaran Apple iPhone 8.

CwIB8I0WcAIAQtW
Rekaan konsep Apple iPhone 8

Harga sekitar $1,000 (RM4,284.00) antara yang anda boleh jangkakan melalui model ini. Buat anda yang berminat, mungkin sudah tiba masanya untuk anda mula menabung sebelum mendapatkannya pada akhir tahun ini.

Sumber