Berbaki empat bulan sahaja lagi sebelum Apple melancarkan siri iPhone 12 secara rasmi, nampaknya ura-ura serta rekaan dan spesifikasi model ini seolah sudah tertiris sepenuhnya.

Pada kali ini, ConceptsiPhone tampil dengan video terbaru dalam memaparkan rekaan iPhone 12 Pro serta menunjukkan spesifikasi yang bakal tersedia buat model terbaru ini.

Penggunaan processor Apple A14, RAM sehingga 6GB, gabungan tiga lensa merangkumi zoom, wide dan ultra wide serta LiDAR Scanner antara yang bakal ditawarkan buat iPhone 12 Pro. Paparan dengan refresh rate 120Hz yang pada skrin iPhone 12 Pro sekaligus bakal memberi menawarkan pengalaman baru buat para pengguna.

7dd8e280999660fb8435e8025762ecd4

Lebih menarik, iPhone 12 Pro pada kali ini bakal didatangkan dengan warna terbaru iaitu Navy Blue serta dipadankan dengan rekaan terbaru iPhone yang diinspirasikan daripada iPhone 4.

Dari segi harga, iPhone 12 Pro dijangka bakal mula ditawarkan dengan harga bermula daripada RM4,899 untuk ruang storan 128GB. iPhone 12 Pro Max dengan ruang storan yang lebih tinggi berkemungkinan bakal ditawarkan dengan harga sehingga RM6,899.

Berdasarkan ura-ura, iPhone 12 berkemungkinan bakal ditawarkan dengan harga sekitar RM2,749. Klik pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Apple iPhone 12 Bakal Ditawarkan Dengan Harga Sekitar RM2,749?

Dakwa Hampir ‘Dibunuh’ Oleh iPhone, Abang Pablo Escobar Saman Apple RM11.33 Bilion