Belajar di peringkat menara gading bukanlah sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi jika anda mahu menyambung pengajian ke peringkat Master atau Doctor of Philosophy (PhD). Hanya mereka yang sudah melaluinya tahu pahit getir mahu habiskan pengajian dalam bidang yang diceburi.

Dr Intan Farahana adalah seorang daripadanya yang kini telah selamat menamatkan PhD dalam bidang Educational Psychology. Dr Intan berkongsikan pengalaman beliau itu dalam satu dokumentari yang dihasilkan oleh Dr Roket Production yang tular baru-baru ini.

Kisah perjalanan menamatkan pengajian di peringkat PhD Dr Intan sangat berliku dan diharap dapat memberi inspirasi kepada anak muda di luar sana supaya tidak cepat putus asa dalam mencari ilmu. Ini kisah Dr Intan Farahana.

Mahu tangkis kes dera di taska pemangkin semangat untuk jadi pendidik

Menurut Dr Intan, sebab utama beliau mahu menjadi pensyarah adalah ketika bekerja sebagai pendidik di sebuah taska. Beliau rasa sangat terkilan setelah mengetahui terdapat kes dera yang berlaku di tadika tersebut. Setelah berhenti, beliau nekad mahu bergelar pendidik supaya dapat mengajar para guru di masa akan datang cara yang sebaiknya untuk mendidik anak kecil.

Rezeki Dr Intan apabila beliau mendapat peluang untuk menjadi pensyarah ketika beliau sedang pengambil master di UPSI dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Peluang Sambung Belajar Di Glasgow, Scotland

Dr Intan diberi pilihan untuk belajar sama ada di Amerika Syarikat atau United Kingdom. Setelah membuat pertimbangan, Intan memilih untuk menyambung pengajian di Glasgow, Scotland.

Setibanya di Glasgow, agak mencabar bagi Dr Intan kerana perlu mencari rumah sewa serta cuma memahami Scottish accent penduduk di sana. Tetapi perkara tersebut dapat diselesaikan dalam masa dua minggu setibanya di sana.

Pengajian Dr Intan di Glassgow juga bermula baik apabila tidak menghadapi sebarang masalah di semester pertama. Namun, langit tidak selalunya cerah dan masuk semester kedua, cabaran belajar bumi orang bermula.

Supervisor (SV) beliau di sana mula ‘menggangu’ Dr Intan dalam menyiapkan tesisnya. Menurut SV, disebabkan Intan sudah berkeluarga menjadi punca perjalanan untuk membuat kajian bagi membuat tesis terbantut.

Pada satu ketika, suami tercinta perlu pulang ke tanah air kerana mendapat panggilan untuk menunaikan haji dan membawa pulang bersama anak kerana yuran pusat jagaan kanak-kanak di sana yang mahal. Maka, Dr Intan perlu tinggal berseorangan buat seketika.

Ketiadaan suami dan anak menambahkan kekusutan sedia ada. Perasaan ingin pulang ke Malaysia, rindukan suami dan keluarga ditambah lagi dengan hubungan dengan SV yang kian renggang membuatkan semangat beliau untuk terus berada di sana kian pudar.

“Masa itu saya dah tak ada jiwa, tak ada semangat untuk sambung belajar. Writing yang saya hantar kena reject. SV minta collect data dahulu dan baru mula tulis tesis.

“Kemuncaknya saya pengsan kerana terlalu stress memikirkan hal tesis. Bila suami pulang ke Glasgow, saya menyendiri. Tidak bercakap dengan siapa-siapa termasuk ahli keluarga saya. Saya cuma bercakap dengan suami sahaja,” cerita Dr Intan.

Nekad pulang ke Malaysia

Dr Intan berkata beliau terpaksa bertemu dengan psikiatrik (pakar kesihatan mental) dan perlu makan ubat untuk kekal tenang. “Saya terkesan sangat. Bila terima mesej daripada SV, saya rasa anxiety. Sampai terbawa dalam mimpi. Saya ingat sampai sekarang satu ketika SV saya tak tanya khabar tapi dia minta hasil kerjaya yang saya buat data collection. Masa tu saya rasa Ya Allah, memang tak tahan dan nak balik waktu tu juga.

“Satu hari, saya nekad call UPSI dan melalui academic advisor kata mahu berhenti kerana faktor kesihatan,” luah Dr Intan. Semasa tinggal di Glassgow, beliau ada belajar jual nasi lemak di pasar. Sampai beliau terdetik jika diberhentikan UPSI kerana tidak tamat belajar, beliau pasrah jika perlu jual nasi lemak tepi jalan daripada terus tertekan duduk di sana.

Hampir sia-siakan ‘peluang kedua’ di UTM

Pulang ke Malaysia, sinar harapan untuk kembali menyambung PhD terbuka lagi apabila bekas SV ketika Master di UTM dahulu memberi nasihat supaya tidak putus asa dan cuba sambung belajar di UTM. “Masa itu saya dah tak ada hati untuk buat PhD tetapi SV saya yang sangat membantu. Saya ingat lagi, SV saya yang tolong karang surat untuk saya sambung belajar,” balas Dr Intan.

Dr Intan mengakui memang tiada hati untuk sambung PhD dan ke kelas sekadar pergi sahaja. Menurutnya, luaran memang nampak seperti tiada apa-apa tetapi di dalam masih ada ‘lubang’ akibat pengajian yang terhenti di Glasgow dahulu.

Dr Roket ‘muncul’ secara tiba-tiba

“Nak tahu bagaimana progress saya bila belajar di UTM? Saya cuma tulis 18 halaman sahaja dalam 2 tahun setengah belajar di UTM. Begitulah saya tanpa motivasi untuk tamatkan PhD. Nak sahaja tulis tesis pantas tetapi tiada motivasi untuk habiskan,” kata Dr Intan.

Namun semuanya berubah apabila beliau menerima emel jemputan ke salah satu seminar yang dikendalikan Dr Roket. Menurut Dr Intan, kandungan emel berkenaan yang ‘ringkas tapi terus ke hati’ telah membuat beliau berminat untuk menyertai bengkel Dr Roket.

“Ayat dalam emel berkenaan betul kena tepat ke saya yang sedang stuck, tak tahu nak mula, tiada motivasi, tulis tesis pantas, sedang serabut dan lain-lain. Semua ini saya sedang alami. Alhamdulillah selama 3 bulan setengah dengan bimbingan Dr Roket, dalam masa 3 bulan saya dapat siapkan thesis saya yang saya rasa selama ini membebankan.

“Bila dengan Dr Roket, terus saya jadi ‘kalau orang lain boleh buat, aku pun boleh buat!’ Saya Submit notis untuk Viva dan Alhamdulillah saya submit notis dengan draf yang ke-20. Bila Allah nak bagi dan kita bersedia untuk terima, benda tu jadi sangat mudah,” tambah Dr Intan.

Roadmap yang dibekalkan oleh Dr Roket ketika di seminar Nak Ubah Tesis (NUT) sangat membantu kerana menurut Dr Intan, paling penting di permulaan membuat tesis Master PhD adalah mindset. Selama ini beliau akui mindset beliau tidak betul dan beliau perlu ‘patah balik ke permulaan’ untuk siapkan tesisnya.

Berkat perubahan mentaliti ini, beliau berjaya menamatkan tesis yang tergantung lebih 4 tahun pada Ogos 2020 yang lalu. Dr Intan kini merupakan Pensyarah Kanan & Pakar Pendidikan Awal Kanak-kanak di UPSI.

Ribuan pelajar telah berjaya dengan Dr Roket

Bukan Dr Intan sahaja yang rasa mahu give up bila sambung pengajian PhD malah ada ramai lagi yang mungkin sudah buntu untuk meneruskan perjalanan di peringkat ini. Namun, Dr Roket boleh bantu buka jalan untuk anda tamatkan tesis anda dalam masa sesingkat 6 bulan sahaja.

Dr Roket mempunyai kepakaran dalam membantu calon Master PhD untuk uruskan journey Master PhD mereka mengikut cara insan-insan GOT (Graduate On Time) atau GBT (Graduate Before Time) dengan ilmu Pengurusan Tesis yang bakal memudahkan urusan menulis tesis dan membantu SV menguruskan para pelajar dibawah seliaan mereka supaya mampu lebih berdikari.

Buat anda yang berminat, anda boleh mendaftar untuk mendapatkan E-Book 31 Panduan Tulis Tesis Cepat di sini. Moga anda akan temui sinar kegembiraan seperti mana yang dikecapi oleh Dr Intan. Jika Dr Intan boleh, anda juga boleh. Terus yakin!

Ini beberapa artikel lain berkaitan kejayaan individu dalam bidang yang mereka pilih. Baca lagi pada pautan di bawah.

Kekurangan Diri Bukan Penghalang Kejayaan Buat Mohd Sukur Ibrahim

11 Perkara Usahawan Boleh Pelajari Daripada Kejayaan Mael Totey The Movie

Pemuda Ini Kongsi Kisah Bina Bisnes Eng’s Popcorn Sehingga Berjaya Cecah Jualan 7 Angka