Honda merupakan salah satu jenama kereta daripada Jepun yang menjadi idaman orang ramai tidak kira lapisan umur dan masyarakat tempatan. Dari segmen kereta sedan, SUV, MPV, sport semuanya laris dijual dalam pasaran Malaysia.

Tahukah anda ada seorang anak tempatan yang pernah mengalami detik ‘paling terendah’ dalam hidup telah memegang beberapa jawatan penting di Honda Malaysia dan Jepun sejak tahun 2003?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi satu wawancara ekslusif laman web Careta pada tahun 2016, Mohamed Akkbar Danial yang berasal dari Kuala Krai, Kelantan pernah mengalami detik ‘paling terendah’ dalam hidupnya.

Walaupun beliau lulusan cemerlang dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik (Sarjana Muda), beliau tidak mendapat biasiswa bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang Master semasa berada di Jepun ekoran kegawatan ekonomi yang berlaku pada tahun 1997-1998.

vocket-dari-honda-jepun-ke-drb-hicom-1
Sumber Gambar: Careta.my

Ekoran status kewangan beliau semakin meruncing, beliau telah mengambil keputusan untuk ‘tinggal’ bersama-sama ‘kohai’ atau junior buat sementara waktu untuk beliau mendapatkan peluang pekerjaan.

Oleh kerana Akkbar tidak berduit, beliau ‘membayar’ sewa rumah dengan cara cara memasak dan mengemas rumah untuk kedua-dua rakannya. Ketika itu, beliau berasa sangat murung dan hampa kerana dari seorang yang berjaya dalam pelajaran, kini terpaksa merempat meneruskan kehidupan atas belas kasihan rakannya.

Namun, nasib Akkbar berubah setelah beliau menemui salah seorang professor di tempat beliau pernah belajar yang disegani satu universiti dan terkenal di seluruh dunia. Professor tersebut telah membantu beliau mendapatkan pekerjaan di sebuah syarikat semikonduktor.

Bermula dari bawah, akhirnya kerjaya Akkbar melonjak naik sehingga menjadi rebutan beberapa buah syarikat di Jepun dan Amerika Syarikat ekoran beliau sangat dikenali sebagai seorang ‘gaijin’ (bangsa asing) yang cukup komited dalam menyiapkan tugasan dengan cemerlang.

Pada tahun 2003, Akkbar memulakan kerja di syarikat Honda Malaysia sebagai Eksekutif Kanan Perancangan Produk. Presiden Honda Malaysia ketika itu, Seiji Kuraishi sendiri yang ‘turun padang’ untuk interview beliau.

Setelah berjaya menaikkan jenama Honda di Malaysia bersama-sama pasukan, Akkbar telah berangkat ke Jepun semua setelah dipanggil untuk berkhidmat di Ibu Pejabat Honda di sana pada tahun 2018 dalam bahagian Global Product Planning, unit perniagaan kenderaan 4-roda, serta unit komunikasi Honda global untuk sukan permotoran Honda dan juga Formula 1.

vocket-dari-honda-jepun-ke-drb-hicom-header
Sumber Gambar: Gear Tinggi

Terbaharu, laman web Careta melaporkan bahawa Akkbar telah kembali semula ke Malaysia dengan jawatan baru sebagai Ketua Pengedaran Automotif dan juga CEO untuk EON Berhad untuk syarikat DRB-Hicom.

Nampaknya kerja keras dan sikap tidak mudah berputus asa semasa 15 tahun berada di negara Jepun telah menghasilkan seorang ‘aset’ berharga buat negara Malaysia yang mampu mengubah lanskap automotif tempatan pada masa hadapan. Anda boleh baca penuh wawancara ekslusif oleh Careta di sini.

Baru-baru ini seorang lelaki Malaysia telah berjaya dipilih oleh syarikat kereta mewah, Bugatti untuk memiliki salah sebuah model edisi terhad.

Ini Proses ‘Private Collector’ Malaysia Beli Model Bugatti Edisi Terhad Bernilai RM25 Juta

Di Sebalik Kerjaya Pemandu Van Jenazah, Lelaki Ini Turut Hasilkan Dron Berharga RM60,000

 

Sumber