Jika perlu memilih satu kolaborasi paling panas yang dihasilkan oleh Uniqlo tahun ini, anugerah berkenaan boleh diberikan kepada kolaborasi Uniqlo x KAWS ini.

Koleksi terakhir antara KAWS dan Uniqlo ini sebenarnya telah dilancarkan pada bulan Jun yang lalu. Kerana ianya menerima permintan yang banyak, Uniqlo membuat keputusan untuk restock kembali koleksi ini secara rasmi semalam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/B1xWWxZHNtW/

Ingatkan ‘hype’ untuk koleksi ini sudah berkurangan tetapi sangkaan kami salah. Sammicci adalah antara peminat KAWS yang beratur di IOI Mall Puchong untuk membeli koleksi berkenaan. Namun, menurut beliau, beliau agak terkejut dengan bilangan pembeli yang sanggup beratur sebelum Uniqlo dibuka.

Sebaik sahaja pintu butik dibuka, ‘peminat setia’ KAWS berpusu-pusu masuk dan terus menyerbu rak yang menggantung koleksi berkenaan. Siap ada yang sanggup panjat rak baju Uniqlo untuk mengambil baju yang beliau mahukan.

Ianya memang kejadian yang tidak masuk akal tetapi ada sebab mereka sanggup bertindak seperti itu. Kami meninjau laman jualan Carousell dan mendapati barangan Uniqlo x KAWS ini sudah dijual kembali setinggi RM120 untuk sehelai baju (harga jualan rasmi cuma RM59.90).

Itulah kegilaan Uniqlo x KAWS yang masih ‘hype’ sehingga hari ini. Kalau ada sudah ada sehelai di rumah, pakai sahajalah kerana baju berkenaan mempunyai ‘nilai’ berbanding model kolaborasi Uniqlo yang lain.

Untuk baca serba sedikit sejarah KAWS dan Uniqlo, boleh baca pula artikel ini

Kolaborasi Uniqlo x KAWS Hadir Dengan Rekaan Lebih ‘Awesome’

Uniqlo Malaysia Sesak Diserbu Pelanggan Kerana Koleksi KAWS