Sejak akhir-akhir ini, semakin ramai individu yang berbincang soal artificial intelligence atau lebih dikenali sebagai AI. Kehebatan ChatGPT yang mampu menawarkan pelbagai jawapan berdasarkan soalan yang ditanyakan membuatkan orang ramai yakin dengan kemajuan AI.

Terbaharu, menurut Kementerian Sumber Manusia (KSM), negara Malaysia juga sudah mulai memberi fokus kepada AI menerusi Program Transformasi Kerjaya Digital dan MyDigital. Langkah itu bertujuan membuka ruang mempromosikan pembangunan kepakaran tempatan Malaysia berhubung AI.

Dalam pada itu, apa yang lebih menakutkan ramai, World Economic Forum (WEF) menjangkakan hampir separuh atau 43% perniagaan di Malaysia berpotensi mengurangkan bilangan pekerja menerusi penerapan automasi AI menjelang tahun 2025.

Dilaporkan setakat tahun 2020 sehingga Februari 2023, didapati sebanyak 209,903 pekerja telah kehilangan pekerjaan.

Kemaraan AI ini sekaligus menjadi petanda ilmu dalam bidang teknologi antara yang diperlukan sekaligus menjadi pilihan untuk para majikan pada masa akan datang.

Sumber