Sekiranya anda masih ingat, beberapa bulan lalu aplikasi Clubhouse seringkali menjadi medium buat orang ramai berbincang dan berkongsi pandangan. Populariti aplikasi ini dilihat terus melonjak selepas mendapat perhatian daripada pengasas Tesla iaitu Elon Musk.

Aplikasi audio ini walau bagaimanapun sebelum ini hanya terbatas buat pengguna iOS sahaja membuatkan pengguna Android tidak dapat mengikuti perbincangan yang dibuat.

clubhouse-android
Sumber: android police

Terbaharu, aplikasi Clubhouse sedia ditawarkan pada platform Android. Pelancaran aplikasi ini walau bagaimanapun masih dalam peringkat beta dan bakal ditawarkan secara rasmi dan meluas tidak lama lagi.

Buat anda yang berminat untuk menggunakan medium Clubhouse sama ada di iOS atau Android, anda boleh klik di sini untuk muat turun.

Sekitar Februari lalu, aplikasi Clubhouse yang menawarkan sistem invitation buat pengguna baru telah menjadi lubuk wang kepada peniaga di Carousell.

Asal Barang Jadi Duit, Pengguna Sanggup Bayar Sehingga RM100 Demi ‘Invitation’ Aplikasi Clubhouse

Apa Itu Clubhouse? Media Sosial Baru Yang Dipopularkan Oleh Elon Musk