Sebelum ini, pernah tular di media sosial berkenaan isu penerbit dan juga pelakon terkenal, Fauziah Ahmad Daud yang didesak untuk melunaskan baki bayaran tertunggak untuk pementasan teater Korupsi Dewan Semandung.

Beliau yang lebih mesra dikenali sebagai Ogy Ahmad Daud bagaimanapun, telah menyatakan bahawa beliau masih lagi mencari jalan bagi menyelesaikan isu tersebut dan berjanji untuk membayar baki tertunggak itu kepada semua yang terlibat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Disangkakan sudah kelar, isu yang terjadi pada tahun lepas tersebut rupa-rupanya masih lagi belum selesai apabila penulis skrip teater tersebut tampil memaklumkan bahawa sehingga kini, bayaran baki masih lagi belum dilunaskan oleh produksi Ogy Ventures & Network.

Memetik dari perkongsian penulis skrip yang dikenal sebagai Aloy, bayaran bagi penulisan skrip yang dilakukannya difahamkan masih lagi belum diselesaikan.

Turut bersimpati

Perkongsian oleh penulis tersebut mendapat sambutan dari netizen. Ramai dari mereka yang telah menzahirkan rasa simpati di atas nasib penulis tersebut.

Selain itu, ada juga yang meminta agar pertubuhan bukan kerajaan seperti Persatuan Seniman Malaysia tampil untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang teraniaya.

https://twitter.com/JalalMisai_2/status/1349717604487708672

https://twitter.com/athiaq/status/1349681075757281296

Untuk makluman, pementasan teater Korupsi Dewan Semandung telah diarahkan oleh Khir Rahman dan dibintangi oleh Man Raja Lawak, Joey Daud, Mark Adam dan ramai lagi. Teater tersebut telah ditepentaskan di Istana Budaya pada 28 Februari hingga 1 Mac 2020 yang lalu.

Baca perkongsian kami mengenai isu ini melalui pautan-pautan di bawah!

Keringat Tidak Dibayar, Khir Rahman ‘Buka Mulut’ Isu Teater Terbitan Ogy Ahmad Daud

Muat Naik Video Bersama Khir Rahman, Ogy Minta Henti Sensasikan Kes Hutang Teater