Pada bulan Januari lalu Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak tuntutan dibuat oleh Jeffrey dan Hang Tuah memfailkan saman terhadap anak ketiga arwah, Putera Hang Jebat atas dakwaan memalsukan dokumen surat wakil sebidang tanah seluas 0.265 hektar yang terletak di Kampong Pasir, Gombak.

Anak kedua Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin iaitu Hang Tuah, 49, menafikan dakwaan adiknya, Putera Hang Jebat yang mengatakan bahawa tuntutan saman yang dibuatnya sebelum ini berunsur dendam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bagaimanapun dalam satu sidang media baru-baru ini, Tuah berkata, saman yang dibuat atas dakwaan memalsukan dokumen Surat Wakil Kuasa membabitkan sebidang tanah itu adalah untuk memberi keadilan kepada semua pihak.

“Setiap tahun sejak Jebat masih kecil kami berjumpa. Kalau balik kampung, memang akan berjumpa. Netizen cakap, kami nak duitlah, tak pernah datang melawatlah, tiba-tiba muncullah. Walhal, dari kecil lagi saya dah kenal mereka seperti adik dan abang.

“Saman yang kami buat sebelum ini pun bukan bertujuan untuk kami membolot harta atau apa, sebaliknya ingin membawa keadilan.

“Kami menuntut untuk mengembalikan tanah yang sudah dijual, kepada estet arwah ayah dan untuk membahagikan harta-harta arwah mengikut faraid,” katanya.

Ditemui di sesi sidang media yang berlangsung di Bukit Jelutong, Tuah meluahkan kekecewaannya apabila tindakan dia dan abangnya, Jefri Jins disalah anggap dan dilihat dari sudut negatif.

“Untuk bahagikan faraid, saya kena kumpul kesemua hartanya dahulu sebelum dibahagikan. Sekarang, kami pula kena tuduh macam-macam sedangkan kami nak berikan secara adil,” katanya.

Tuah juga menjelaskan bahawa dia juga menuntut hak itu untuk menegakkan keadilan buat Jefri yang kini menetap di Singapura.

“Kalau nak diikutkan, saya tak dapat apa pun tak mengapa. Tapi, saya kasihankan abang saya, Jefri yang tak dapat apa-apa langsung sedangkan dia pun anak arwah,” katanya.

Tidak mempertikai keputusan mahkamah, Tuah sekadar ingin membersihkan nama dan imejnya yang kini sudah tercalar.

“Menang atau kalah, itu semua kuasa Tuhan. Kami bukan nak mempertikai keputusan mahkamah. Cumanya, bila saya tak jawab, imej kami tercalar sampai bila-bila. Saya terpaksa jawab sebab dia pun bising begitu (di media).

“Kami kini sedang mempertimbangkan untuk memfailkan rayuan bagi menyiasat mengenai status Surat Wakil Kuasa yang mana, tidak sah,” katanya.

Sumber