Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) semalam dalam satu kenyataan telah mengumumkan secara rasmi perlantikan Dato’ Hans Isaac sebagai pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas). Dato’ Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac akan memegang jawatan tersebut untuk tempoh 2 tahun berkuatkuasa 8 April 2019.

BeFunky-collage – 2020-11-03T171315.697
HYPE
Hanya Serendah RM799, Ini 7 Lagi Sebab Kenapa Anda Perlu Dapatkan HUAWEI Y7a
Baca lagi →

KENYATAAN MEDIA: PENGUMUMAN PELANTIKAN PENGERUSI FINAS#kkmm

Posted by Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM on Tuesday, 9 April 2019

Pengalaman beliau dalam bidang seni dan sejumlah besar pengiktirafan beliau dalam bidang seni meyakinkan pihak KKMM untuk memilih beliau sebagai pengerusi. Dato’ Hans akan mengambil alih semua tugas pemangku pengerusi, Dato’ Samsuni Mohd Nor yang telah memegang jawatan tersebut semenjak 4 bulan yang lalu.

Beliau sebelum ini juga pernah dilantik sebagai ahli Lembaga penasihat Finas dan ahli lembaga Persatuan Penerbit Filem Malaysia. Dalam kenyataan tersebut juga berharap Dato’ Hans mampu berkhidmat untuk meningkatkan usaha untuk membantu industri seni negara.

Anda Mungkin Suka