Mengakui tidak pernah mahukan apa-apa ketika menjawat jawatan pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) sebelum ini, Hans Isaac bertindak memulangkan kembali semua gaji dan elaun yang diterimanya.

Hans sebelum ini menjadi pengerusi FINAS selama 13 bulan apabila mula dilantik pada April tahun lalu sebelum ditamatkan kontrak pada Mei tahun ini.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

Hans-Isaac-Finas-770×512

Susulan daripada penamatan kontrak beliau bersama badan perfileman nasional itu, Hans dalam satu laporan yang terbit di Harian Metro, berkata kesemua imbuhan yang pernah diterimanya bersama mereka akan dipulangkan kembali sebagai bantuan kepada industri perfileman dan drama yang terjejas dengan situasi COVID-19 ketika ini.

“Jadi, sekarang apabila sudah tidak berada dalam agensi itu, saya akan pulangkan semua kepada industri dengan membantu golongan pekerja belakang tabir seperti jurukamera, runner, jurusolek dan sesiapa saja yang terbabit.

“Saya tahu ramai daripada mereka yang terjejas apabila penggambaran perlu diberhentikan. Jadi, kalau ada yang memerlukan boleh datang berjumpa saya dan saya juga akan cuba mencari mereka,” katanya kepada Harian Metro.

Walaupun laporan tersebut tidak menyatakan berapakah jumlah keseluruhan yang akan diberikan bagi membantu ahli-ahli industri perfileman dan drama ketika ini, namun imbuhan selama 13 bulan sudah pastinya bukan sedikit.

Mengulas mengenai penamatan kontraknya, Hans menjelaskan dia sudah pun dapat menjangkakan perkara itu dan tidak terasa hati kerana telah berpendapat telah melakukan yang terbaik sepanjang menerajui agensi itu.

“Seperkara saya nak cakap, inilah masalah yang berlaku di Finas. Kalau tukar kerajaan, pimpinan dalam agensi ini pun ditukar. Sampai bila pun masalah tak selesai dan pembaharuan sukar dicapai. Malah, ia kena mula dari awal semula. Sekurang-kurangnya  habiskan kontrak jawatan itu dulu,” katanya.

FINAS baru-baru ini juga menerima sindiran daripada pelakon-pelakon tempatan gara-gara impian mereka yang mahukan filem negara ini ke Anugerah Oscar. Baca mengenainya di pautan di bawah. 

‘Dekat Kampung Pun Belum Tentu Jaguh Lagi’- Artis Sindir FINAS Mahu Filem Malaysia Ke Oscar

Les’ Copaque Hasilkan Video Khas Permohonan Maaf Fizi Kepada Upin Dan Ipin

Isu ‘Terkucil’ Ketika Persembahan, Tok Ti Jelaskan Pernah Alami Situasi Hampir Sama

Anda Mungkin Suka