Sejak arahan menghalang aktiviti merentas daerah dan negeri dikeluarkan, nampaknya masih terdapat individu yang ingkar serta menggunakan pelbagai alasan dalam membolehkan mereka merentas.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, alasan seperti menghantar baju dan kuih raya muncul sebagai alasan popular yang digunakan pengguna jalan raya untuk merentas negeri. Apa yang menjadi isu adalah alasan tersebut digunakan mereka yang tidak mendapatkan surat kebenaran.

PKP JOHOR
Sumber: utusan

Beliau memaklumkan, arahan untuk patah balik akan dimaklumkan kepada mereka yang menggunakan alasan yang tidak munasabah manakala surat kompaun sedia dikeluarkan buat individu yang ingkar serta-merta.

Difahamkan, sebagai usaha untuk melancarkan pergerakan lalu lintas pada waktu hari bekerja, pihak mereka akan membuka laluan tambahan walau bagaimanapun pemeriksaan ketat tetap dijalankan seperti biasa.

Untuk pengetahuan, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Sabtu lalu memaklumkan aktiviti merentas daerah dan negeri tidak akan dibenarkan tanpa kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula 10 Mei hingga 6 Jun.

Tular pada minggu ini apabila instafamous ini bangga mampu membuat kejutan pada pekerjanya sehingga mengabaikan SOP.

Bangga ‘Surprise’ Pekerja Dengan Pemberian Bonus, Video Instafamous Abai SOP Ini Jadi Perhatian Netizen

Rangkul Leher Dan Pukul Penghantar Makanan, Lan Pet Pet Sekali Lagi Terlibat Dengan Pergaduhan

Sumber