Semalam telah berlangsungnya International Champions Cup 2018 yang diadakan di Stadium Nasional Singapura. Piala ini diadakan sempena perlawanan pra musim ini buat tiga pasukan elit eropah berentap iaitu Arsenal, Atletico Madrid dan Paris Saint Germain.

Perlawanan semalam memperlihatkan Arsenal bertemu Paris Saint Germain dimana Arsenal berjaya menang mudah dengan pasukan juara liga Perancis ini dengan jaringan 5-1.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

IMG_6355

IMG_9153

Pemain terbaik perlawanan berjaya dimenangi oleh Alexandre Lacazette manakala pujian turut diberikan kepada Gianluigi Buffon , Matteo Guendouzi dan Christopher Nkunku kerana berjaya menampilkan keputusan yang cemerlang.

Selain itu, sambutan di luar stadium sebelum perlawanan boleh dikatakan agak meriah dimana kedua-dua pasukan tampil dengan koleksi trofi masing-masing. Antara yang menjadi tumpuan sudah pastinya trofi emas unbeaten Arsenal pada musim 03-04.

IMG_6838

Difahamkan perlawanan semalam berjaya menjadi perlawanan dengan jumlah penonton teramai dengan kehadiran sekitar 52,000 orang dengan jumlah pelawat daripada serata negara termasuk Malaysia, Indonesia dan Singapura.

https://www.youtube.com/watch?v=G69qQoz-pfQ