Seorang gadis memasang impian untuk menghadiahkan sesuatu yang sangat istimewa buat bapanya, seorang angkasawan yang sedang melakukan tugasan di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS). Dia bercadang untuk memberikan satu mesej ringkas tetapi sangat menyentuh hati kepada bapanya di luar sana tanpa menggunakan sebarang alat telekomunikasi seperti yang sering dilakukannya.

Untuk itu, gadis tersebut bekerjasama dengan syarikat Hyundai yang menyediakan 11 buah kereta bagi membentuk satu mesej gergasi yang boleh dilihat oleh bapanya di angkasa lepas.

Projek ini dimulakan pada 18 Januari yang lalu dan berjaya memecahkan Guiness World Record sebagai imej terbesar pernah dihasilkan melalui kesan tayar kenderaan iaitu sekitar 60 juta kaki persegi.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram