Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Setiap rumah produksi pasti akan buat sehabis baik untuk menjayakan siri atau filem yang mereka hasilkan. Namun, ‘keseraman’ hantu dalam siri Malaysian Ghost Stories menjadi bualan apabila matanya yang merah menyala mendapat perhatian peminat setia Naruto.

Berdasarkan perkongsian seorang pengguna Facebook, Hiroshi Renzo, beliau berkongsikan gambar mata hantu berkenaan di mana jika dalam anime Naruto, mata tersebut adalah milik puak Uchiha.

Mata Mangekyō Sharingan tersebut menyebabkan ramai bertukar daripada takut ke terhibur apabila membuat andaian hantu berkenaan adalah daripada keturunan Uchiha yang sedang ‘cari makan’ di Malaysia.

Dalam siri Naruto, pemilik mata Mangekyō Sharingan adalah antara yang terkuat apabila mereka dapat menghasilkan teknik terlarang yang tidak dapat dihasilkan oleh ninja biasa. Perkongsian Hiroshi Renzo ini sudah hampir mencapai 10,000 perkongsian di Facebook dan sudah mula tular hingga ke Indonesia.

Siri Malaysian Ghost Stories ini sudah ditayangkan di saluran Astro Ria sejak sejak 25 Ogos 2021 setiap Isnin hingga Khamis. Episod Buka Hijab ini merupakan episod terakhir untuk siri ini. Namun, disebabkan mata Sharingan ini barulah lebih ramai sedar adanya siri ini.

Artis tempatan yang sering dilanda kontroversi, Namewee telah disenarai hitam di China kerana muzik video terbarunya. Baca lagi pautan di bawah.

Cetus Kontroversi Di Negara Orang, Namewee Kini Kena ‘Banned’ Di China

‘Sport Rim’ Bertukar Jadi Rim Kompang, Trailer Budak Kripto Cetus Tanda Tanya Peminat Filem

Keanu Reeves Hadiahkan Jam Tangan Rolex Buat 4 ‘Stuntmen’ Beliau Dalam John Wick

Anda Mungkin Suka