Dahsyat penangan filem terbaru arahan Mamat Khalid ini. Menerusi posting yang dibuat Astro Shaw, filem Hantu Kak Limah berjaya memecahkan rekod kutipan filem tempatan paling tinggi dengan mengutip RM1.8 juta pada hari pertama tayangan.

Hantu Kak Limah juga berjaya memecahkan satu lagi rekod iaitu filem tempatan pertama yang menerima kutipan tertinggi iaitu lebih RM650 ribu di hari pembukaan ‘sneak preview’ pada 8 Ogos.

Khabarnya panggung wayang hujung minggu ini juga banyak yang hampir penuh kerana filem ini yang dikatakan antara karya terlucu dan hebat daripada Mamat Khalid.

Walaupun ini adalah penampilan pertama Ropie Cecupak dan Zul Ariffin dalam franchise ini, watak beliau cukup untuk menghiburkan anda sekeluarga. Tak percaya? Tonton trailer Hantu Kak Limah ini dahulu. Jadi mana yang belum menonton Hantu Kak Limah, cepat-cepatlah ke pawagam.