Nampaknya tiada yang dapat menahan amukan Kak Limah di pawagam. Astro Shaw berkongsi jumlah kutipan terkini Hantu Kak Limah di Instagram di mana HKL sudah membuat kutipan RM32.5 juta dalam masa 18 hari tayangan sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hantu Kak Limah masih ditayangkan di 148 pawagam di Malaysia, Brunei dan Singapura. Kutipan hebat ini tidak akan terjadi tanpa sokongan penonton. Jika penerimaan kekal memberangsangkan, filem ini semestinya akan terus ditayangkan di semua pawagam berdekatan anda.

Dikhabarkan, ada yang sanggup menonton filem ini sebanyak 7 kali di pawagam kerana sangat suka dengan filem HKL. Anda pula, sudah berapa kali anda menonton di pawagam?