Berdasarkan laporan daripada Strategy Analytics setakat Q3 2016, sistem operasi Apple iaitu iOS semakin kurang digunakan pengguna. Penggunaan iOS yang boleh dikatakan agak minoriti berbanding Android jatuh 1.5% berbanding sebelum ini menjadikan cuma 12.1% pengguna telefon menggunakan iPhone.

Dalam pada itu, market buat Android semakin berkembang setiap tahun dimana mencatatkan hampir 87.5% pengguna sepanjang Q3 2016.

Untuk mengatakan sistem operasi iOS tidak cukup bagus sudah tentunya tidak. Lambakan telefon Android yang berkos rendah lebih menjadikan keutamaan para pengguna khususnya di negara-negara yang mempunyai gaji purata bulanan lebih rendah berbanding sebuah iPhone.

Walabagaimanapun, harus diketahui data yang diperoleh mungkin bakal berubah berikutan kehadiran iPhone 7 di dalam pasaran. Pihak Apple juga harus berusaha dengan lebih lagi untuk memastikan pengguna lebih berminat untuk menggunakan sistem operasi iOS berbanding Android.

mobile-win-bb

Mengenai jumlah pengguna Blackberry dan Windows Phone, masing-masing mencatatkan kurang daripada 3% pengguna seluruh dunia setakat ini. Berdasarkan ramalan daripada Strategy Analytics, kemungkinan kedua-dua telefon ini bakal ‘lesap’ di dalam pasaran beberapa tahun daripada sekarang.

Sumber