Hanya 10 kes COVID-19 dicatatkan hari ini (28 Mei 2020) dan ini merupakan jumlah kes terendah yang dicatatkan dalam negara setakat ini, paling Rendah Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Dua hari lalu (26 Mei 2020), Malaysia mencatatkan peningkatan sehingga 187 kes yang dilaporkan, 10 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara (iaitu tujuh (7) warganegara Malaysia dan tiga (3) pemastautin tetap / pasangan kepada warganegara Malaysia).

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →

Daripada 177 kes penularan tempatan, 173 kes adalah bukan warganegara Malaysia di mana 155 kes telah dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil, dan 13 kes daripada Kluster Pengawal Keselamatan Cheras.

Semalam, 15 kes COVID-19 dilaporkan dan daripada 15 kes baharu yang dilaporkan, enam (6) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Daripada sembilan (9) kes penularan tempatan pula, empat (4) kes adalah bukan warganegara Malaysia. Kes penularan tempatan di kalangan warganegara Malaysia adalah empat (4) kes sahaja.

Ini bermakna kes single digit COVID-19 tidak mustahil untuk dikecapi tidak lama lagi. Tetapi rakyat malaysia tidak boleh gembira awal kerana kes COVID-19 mungkin kembali meningkat kerana sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Datuk Seri Dr. Noor Hisham, sekiranya tiada kes peningkatan mendadak jangkitan dalam negara sehingga 9 Jun depan, lebih banyak sektor sosial boleh dibuka kepada umum.

kkm

Status terkini

Status Terkini kes COVID-19 di Malaysia 28 Mei 2020

Teruskan ikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu elakkan 3C (Crowded place, Confined space & Close conversation), amalkan 3W (Wash, Wear & Warn) dan terus patuh kepada S.O.P.

Berikut adalah beberapa artikel berkaitan COVID-19 yang anda boleh baca. Klik pada pautan di bawah.

Kisah Penggali Kubur Mangsa COVID-19, Kerja 15 Jam Sehari Dengan Upah Sebanyak RM1,200

Hotel Lima Bintang Di Kuala Lumpur Sedia Untuk Dijual Berikutan COVID-19

Anjing Ini Masih Setia Menunggu Tuannya Yang Telah Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Anda Mungkin Suka