November 19, 2016 12:34 PM

Syarikat pembuat basikal mewah dari Slovenia, Noordung terkenal dalam menggabungkan basikal dengan muzik. Basikal ciptaan terbaru syarikat ini, Angel Edition cuma akan dihasilkan sebanyak 15 buah dan akan dibuat secara handmade sepenuhnya.

Bagi peminat motosikal Cafe Racer, ini adalah basikal untuk anda. Basikal ini akan dibina dengan rangka carbon fibre untuk memastikanya ianya sebuah basikal yang ringan. Bentuknya basikal ini juga sangat menarik kerana rekaanya yang berbentuk seperti sebuah motosikal.

Paling menarik tentang basikal ini adalah pada tanknya yang mempunyai fungsi 4 dalam satu. 4 fungsi berkenaan adalah membantu untuk memudahkan kayuhan anda, sebagai speaker untuk mainkan lagu dari telefon pintar, mempunyai dua port USB yang membolehkan anda mengecas gajet anda dan fungsi terakhir yang paling unik; mengesan kualiti udara di persekitaran anda untuk menganalisa laluan yang manakah paling terbaik untuk anda membuat kayuhan. Gila awesome basikal ini.

Perlu diingatkan basikal handsome Noordung Angel Edition ini akan dihasilkan sebanyak 15 unit sahaja dan dibuat sepenuhnya dengan tangan. Disebabkan itu harga untuk sebuah basikal ini agak mahal. Ianya akan dijual pada harga 8,000 Euro (lebih kurang RM37 Ribu). Sama harga dengan sebuah motosikal Triumph. Tetapi kalau anda nak jadi antara 15 orang dalam dunia ini yang mempunyai basikal ini, bolehlah membuat tempahan di laman Noordung di sini.

cafe-2

cafe-3

noordung-angel-edition-electric-bike-1

noordung-angel-edition-electric-bike-2

noordung-angel-edition-electric-bike-3

noordung-angel-edition-electric-bike-4