Sudah banyak kali kita mendengar laporan berkenaan pencerobohan data yang berlaku kepada syarikat-syarikat gergasi di luar sana. Tetapi jarang sekali, kita melihat syarikat terbabit dikenakan tindakan undang-undang kerana mempunyai sistem sekuriti siber yang lemah dan seumpamanya.

Menerusi laporan Menteri Komunikasi dan Digital, beliau mendedahkan data sejak tahun 2017 sehingga kini mendapati sekitar 20 syarikat sahaja yang dikenakan saman berhubung isu pencerobohan data melibatkan pengguna.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Tinjauan dalam tempoh 6 tahun tersebut juga mendapati pengenaan denda yang dilakukan secara puratanya adalah sebanyak RM24,000 bagi setiap satu kesalahan. Malah, beliau merasakan jumlah denda yang dikenakan adalah rendah jika nak dibandingkan dengan nilai data yang dicuri.

Jadi, beliau mencadangkan tindakan semakan semula undang-undang perlu dilaksana segera untuk melindungi kesejahteraan data pengguna dari semasa ke semasa. Hal ini kerana data pengguna dianggap sebagaiĀ  harta negara dan menjadi satu kewajiban untuk semua pihak berkaitan menjaganya dengan sebaik mungkin.

Sumber