Peminat tegar jenama Vespa pasti mengenali sejarah di sebalik scooter ini. Pada tahun 1951, satu kumpulan Vespa yang diberi nama Piaggio Squadra Corse (racing team) memenangi 9 emas dalam satu pertandingan dinamakan Sei Giorni atau 6 Hari mengalahkan motorsikal off-road lain di zaman berkenaan.

Sebagai menyambut peristiwa yang berlaku di Varese, Itali ini, Vespa menghasilkan model edisi khas Sei Giorni untuk model GTV 300. Setiap vespa hadir dengan nombor siri disamping teknologi model seperti liquid-cooled, sistem brek ABS dan banyak lagi. Menarik apabila lampu pada scooter ini berada di bahagian mudguard dan bukannya di bahagian handle.

sei giorni

sei giorni 2
Kisah di sebalik perlumbaan 6 Hari

Hadir dengan satu warna sahaja (Verde Matt), tertera nombor 6 di bahagian depan sebagai simbol 6 hari perlumbaan pada hari ikonik ini. Ianya sudah pun boleh ditempah di cawangan Vespa Malaysia sejak bulan lalu pada harga RM38,000 (sekitar RM40,000 jika termasuk cukai jalan).

Dikatakan ini adalah Vespa terpantas yang dikeluarkan oleh Vespa setakat ini. Jika anda tidak percaya, mungkin boleh beli dan cuba sendiri.

Saksikan Guns ‘N Roses Beraksi Di ‘Not In This Lifetime Tour Live In Malaysia

https://www.youtube.com/watch?v=SuC_bj23iYE

Guns N’ Roses sekali lagi kembali ke Malaysia tetapi kali ini berbeza kerana line-up asal mereka yang akan menghiburkan anda!

Dapatkan potongan harga sebanyak 15% dengan memasukkan kod MSIA7 untuk setiap kategori (kecuali VVIP)!

Tiket boleh terus dibeli di buytickets.com.my.

Maklumat lanjut layari Facebook Rasmi Guns ‘N Roses, Facebook Fans Guns ‘N Roses, dan Facebook Galaxy Group.</