Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebelum ini tular gambar mangsa banjir membawa kotak berisi ketuhar keluar daripada pasar raya Mydin. Pihak Mydin dalam satu kenyataan telah menghalalkan keperluan makanan yang diambil mangsa banjir untuk kelansungan hidup dan bukannya niat sebaliknya.

Lantaran penularan gambar tersebut, wanita dalam gambar itu terima kecaman hebat netizen. Oleh itu, wanita tersebut tampil menjelaskan perkara sebenar berhubung perkara itu.

Menerusi sebuah video, wanita tersebut menjelaskan bahawa kotak itu digunakan bagi mengisi makanan yang ingin dibawa pulang seperti biskut dan sardin sekaligus menafikan dakwaan netizen bahawa dirinya membawa pulang ketuhar.

Difahamkan wanita tersebut hanya mengambil makanan diperlukan untuk anaknya yang sudah 3 hari tidak makan. Malah, wanita itu turut meminta maaf kerana mewujudkan salah faham melalui tindakannya itu.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

Lapar Dan Mahu ‘Survive’, Mangsa Banjir Di Taman Sri Muda Terpaksa Pecah Masuk Kedai Serbaneka

‘Saya Halalkan Perbuatan Mereka’- Pengarah Urusan Jawab Isu Mydin Dipecah Masuk Oleh Mangsa Banjir

‘Ini Mencuri Namanya’- Netizen Kecewa Lihat Segelintir Individu Ambil Kesempatan Terhadap Mydin Mart

Anda Mungkin Suka