Sejak akhir-akhir ini, pastinya ramai sedia maklum dengan kenaikan harga barangan melibatkan makanan dan sebagainya yang sekaligus memberi kesan besar kepada pengguna.

Semalam sebuah lagi kes mengenai harga makanan telah tular di mana seorang wanita ini yang menjamah nasi separuh pinggan, seketul ayam, telur masin, sedikit kuah bersama air limau suam dikenakan cas sehingga RM32.65.

Perkongsian hidangan beserta resit di sebuah restoran yang terletak dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sekaligus menimbulkan pelbagai perbincangan di kalangan netizen mengenai cas yang dikenakan.

Terdapat para netizen yang menafikan harga yang dikenakan serta malabelkannya sebagai harga yang tidak munasabah dan terdapat juga netizen yang berpendapat harga yang dikenakan adalah wajar berikutan lokasinya yang terletak di dalam lapangan terbang antarabangsa. Berikut merupakan respon netizen mengenai isu ini.

Dalam pada itu, berikutan perkongsian wanita ini yang tular, beliau telah menerima panggilan daripada pihak restoran nasi kandar berkenaan dalam memaklumkan berlaku kesilapan daripada pihak juruwang melibatkan pengiraan di mana harga bagi nasi kandar berkenaan hanyalah RM13.30 sahaja. Situasi yang berlaku difahamkan telah diselesaikan dengan baik.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan membuat semakan terlebih dahulu sebelum mendapatkan makanan serta meminta untuk disemak semula harganya sekiranya mendapati harga yang tertera didapati sangat tinggi.

Tular pada minggu ini apabila Chef Ammar tampil jelaskan punca caj tambahan dikenakan berikutan terdapat pelanggan yang mengadu dikenakan bayaran untuk membungkus bayaran.

Pertikai Kena Bayar Untuk ‘Take Away’, Chef Ammar Jelaskan Sebab Caj Tambahan Dikenakan

Lebih Setahun Lif Rosak, Respon Tidak Masuk Akal RapidKL Terhadap Golongan OKU Buat Netizen Berang