Sebelum ini sering diperkatakan tentang isu pengurusan warga asing di negara kita terutamanya apabila melibatkan aspek kesihatan dan rawatan yang diberikan kepada mereka ini.

Walaupun mungkin ada yang berpendapat sistem kesihatan di negara kita belum cukup baik, namun lelaki warga asing Paul Penders melalui hantaran Facebook tampil memuji sistem kesihatan di negara ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hantaran itu dibuat beliau selepas difahamkan mendapat rawatan di salah sebuah hospital di Langkawi baru-baru ini.

Walaupun tidak mempunyai fasiliti mewah seperti yang bakal dijangkakan warga asing ,namun dia menjelaskan masih dirawat dengan baik dan sangat profesional.

“Saya dapat semua ubat yang diperlukan termasuk morfine dan penjagaan diabetik. Makananannya juga bagus dan staf hospital berkerja dengan sangat, sangat kuat.

“Sistem mereka juga kelihatan sangat berteknologi (computerised) dan saya mendapat bekalan ubat yang banyak untuk dibawa pulang.

“Kesemua itu hanya lebih sedikit daripada RM2,000. Jika di Amerika Syarikat dan Eropah seseorang itu hanya membayar sebanyak ini untuk terlantar di atas katil tanpa semua penjagaan yang saya maklumkan dan juga ubat-ubatan,” kongsinya di Facebook.

Posted by Paul Penders on Thursday, 16 July 2020

Bukan saja mendapat layanan yang baik, malah pihak hospital juga menurutnya turut menawarkan untuk menghantar beliau ke Perlis untuk melakukan pemeriksaan RMI menggunakan bot hospital mereka. Bagaimanapun, dia menjelaskan tidak perlu melakukan rawatan tersebut dan tidak meneruskan dengan perkara itu.

“Tolong berhenti merungut dan bersifat negatif terhadap komuniti hospital tanpa memeriksa fakta. Langkawi mempunyai hospital yang sangat hebat.

“Langkawi boleh berbangga dengan komuniti hospital mereka yang sangat baik.

“Saya menghargai dan menghormati kesemua doktor dan jururawat yang bekerja keras ini. Terima kasih,” kongsi Penders di Facebook.

Baca perkongsian penuh beliau melalui pautan ini di bawah.

Sistem kesihatan di negara kita sememangnya diakui antara yang terbaik di dunia. Baca perkongsian lain kami mengenainya sebelum ini di pautan di bawah. 

Malaysia Berada Di Tempat Pertama Bagi Kategori Perkhidmatan Kesihatan Terbaik Di Dunia

Ini Sebab Malaysia Diiktiraf Sebagai Negara Terbaik Tangani Penularan Covid-19

Perlekeh Kualiti ‘Gloves’ Buatan Malaysia, Netizen Sekolahkan Warga British Yang Berlagak

Sumber