Sejak minggu lalu, nama Ifa Raziah telah menjadi bualan ramai apabila video dia bergelek sakan selepas majlis akikah tular di media sosial. Walau bagaimanapun, Ifa menjelaskan bahawa dia telah dibayar untuk membuat persembahan tersebut.

Terbaharu, dia diminta netizen untuk bergelek ketika live, namun Ifa mengatakan dia bukan sesuka hati untuk berbuat sedemikian sebaliknya dia dibayar. Tambahnya, tiada benda percuma di dunia ini dan dia tidak akan menerima sebarang pekerjaan tanpa dibayar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Bukan free tau. Aku duduk dalam dunia ini tak ada buat benda free. Semua berbayar. Bukan setiap hari kita untung, ada masanya kita tak untung macam orang berniaga seperti saya. Ada masa yang tak ada show (persembahan), ada masanya saya laris di pasaran di mana saya ada tiga atau empat kali show.” ujar Ifa

Kenyataan Ifa tersebut telah meraih perhatian ramai orang dan Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani telah bertindak menegur Ifa dalam satu perkongsian di Facebook miliknya.

Ustaz Ahmad Dusuki juga mempersoalkan Ifa yang bangga bergelek di depan khalayak ramai dan mengatakan tindakan tersebut tidak mendapat pahala. Tambahnya, bukan semua duit itu membawa keuntungan dalam kehidupan tetapi boleh jadi membawa kecelakaan di masa depan.

“Setiap mukmin akan disoal di hadapan Allah nanti dari mana ia mendapatkan hartanya dan kemana ia membelanjakan hartanya di jalan Allah.

“Jika hartanya hanya mengenyangkan perutnya, tergolek goleklah ia di akhirat nanti, menjawab di hadapan Allah, lebih lebih lagi hartanya dari sumber menggolek mengelek punggungnya di khalayak ramai di dunia ini.” ujar Ustaz Ahmad Dusuki.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

Popular Dengan Lagu ‘Sikok Bagi Duo’, Ini Penyanyi Yang Berjaya Cipta Fenomena Di TikTok

Lihat Bagaimana Filem Hindustan Jadikan Malaysia Sebagai Rujukan Aktiviti Rasuah